‘Let It Be’: Terinspirasi Daripada Keindahan Mimpi Paul McCartney

oleh Aqil Syakir
796 bacaan

Penulis rasa semua orang pernah mendendangkan telinga dengan alunan lagu Let It be dari The Beatles. Tak kisahlah Beatlemaniac, tua atau muda pasti pernah dengar lagu ini.

Di permulaan lagu kita disaji dengan alunan piano yang mendamaikan, diiringi suara Paul McCartney yang lunak, membawa kita ke lembah keasyikan.

Cukuplah dengan ayat puitis di atas kerana penulis ingin menyampaikan satu trivia menarik mengenai lagu ini. Mungkin di antara kita yang Beatlemaniac sudah tahu tapi biarlah penulis menulisnya untuk generasi akan datang.

Anda tahu tak lagu Let It Be ini diinspirasikan dari mimpi Paul McCartney? Malam sebelum mimpi itu berlaku, The Beatles melakukan banyak perkara sampaikan mereka mabuk dan terjaga hingga pagi buta. Selepas itu, Paul membuat keputusan untuk tidur selepas buat semua kerja gila.

Semasa Paul nyenyak tidur, dia telah dibuai dengan satu mimpi yang sangat indah di mana dia berjumpa dengan ibunya. Pada waktu itu, ibunya sudah 10 tahun meninggal dunia.

Siapa sahaja tak gembira dapat berjumpa dengan orang yang telah pergi buat selamanya. Ibu Paul sudah mengetahui apa yang dilalui oleh anaknya itu lalu dia berkata:

“Don’t worry it’s gonna be fine, just let it be.

Paul merasakan keajaiban di sebalik nasihat tersebut. Tidak lama kemudian, dia sedar dari tidur dan mengingati semula apa yang dikatakan oleh ibunya.

Selepas itu, Paul pergi ke piano lalu terus menulis lirik lagu dan mencipta melodi indah untuk lagu Let It Be.

Anda boleh tonton temu ramah Paul bersama Wired kerana dia ada menceritakan tentang bagaimana dia menulis lagu Let It Be:

Oh ya, anda perasan tak bahagian lirik pada permulaan lagu tu ada memetik nama Mother Mary?:

“When I find myself in times of trouble, Mother Mary comes to me”

Anda tahu tak sebenarnya Mother Mary tu merupakan nama ibu Paul McCartney dan tiada kaitan langsung dengan Mother Mary (Ibu Jesus). Saja penulis ingin tekankan kerana penulis pernah kena herdik oleh rakan-rakan supaya jangan nyanyi lagu Let It Be kerana ia menceritakan tentang Ibu Jesus.

Apa yang boleh dirumuskan, kalau nak borak pasal lagu-lagu The Beatles ni banyak sampaikan kena bina perpustakaan khas untuk buku-buku mengenai maksud di sebalik lagu-lagu mereka.

Akhir sekali, penulis merasakan lagu ini sangat indah dan sesuai untuk sesiapa yang sedang mengalami kekusutan serta tekanan perasaan. Tak kisahlah stress sebab kerja ke, cinta monyet ke apa, kalau sedih, lagu ni wajib didengar!

Sumber:

  1. Wired.
  2. Radio X.
  3. The Salt Lake Tribune.
  4. American Song Writer.
  5. Beatle Books.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅