Menjelang ambang penghujung tahun 2021, Levi’s® Malaysia teruja untuk sekali lagi mengumumkan (serta merombak) projek Levi’s® Music Project Malaysia. Berpaksikan pada pelancaran awal inisiatif komuniti pada tahun 2020 yang lalu, Levi’s® Music Project berusaha untuk memperjuang serta memupuk aspirasi dan semangat dalam kalangan penggiat komuniti muzik tempatan di peringkat akar umbi. Selaras dengan etos hala tuju Levi’s yang bertujuan untuk memberi semula kepada komuniti dan memupuk semangat berkomuniti, Projek Muzik Levis akan memasuki lembaran baharu dengan semangat yang lebih jitu dengan menawarkan program baharu yang lebih menarik bersama dengan ikon muzik tempatan dan budaya tempatan, Yuna.
Mengharungi liku-liku tahun 2020/2021 yang saban kalinya dipenuhi dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang kini perlahan-lahan memberi ruang kepada penggiat aktiviti seni kreatif untuk meneruskan kelangsungan; komuniti tempatan kita ternyata tampak lebih gembira— dengan hala tuju dan peluang yang diperuntukkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Tahun kedua Levi’s® Music Project edisi Malaysia secara langsung menyuarakan sentimen ini, dengan mengangkat #SupportMusic untuk terus kekal sebagai teras kempen.
Memperkenalkan rangka kerja serta pendekatan yang lebih segar untuk tahun yang kedua, Levi’s® Music Project 2021 diperkenalkan untuk mendahului dan secara tidak langsung merangka fokus inisiatif muzik untuk memperjuangkan, memberi semula dan juga memupuk berkomuniti dalam kalangan penggiat seni muzik tempatan — bersesuaian dengan dunia digital, yang kini semakin mengambil alih aspek sosial dinihari.
Levi’s® bakal memperkenalkan server Levi’s® Music Project Discord global, yang pertama seumpamanya. Program yang diterajui oleh para artis ini bakal berfungsi sebagai hab utama kempen – dan akan menjadi satu-satunya cara komunikasi dan penyampaian kandungan. Kandungan yang lebih menyeluruh kemudiannya bakal disiarkan di saluran YouTube Levi’s® bagi menyediakan akses dan peluang selanjutnya, selepas tempoh kempen.
Kempen yang diterajui Yuna sebagai artis dan juga mentor program ini juga bakal menawarkan peserta dan penggiat komuniti pandangan langsung ke dalam proses kreatif dan dunia Yuna, yang bakal disusuli dengan persembahan maya secara langsung yang eksklusif. Sorotan penglibatan Yuna, kemuncak program ini bakal disusuli dengan “Cabaran Remix” di mana Yuna akan menganjurkan panggilan terbuka untuk pemuzik yang bercita-cita untuk mengadun semula salah satu lagunya bago membuka peluang peserta untuk turut serta dalam sebahagian daripada sesi bengkel secara langsung peribadi dengan pakar industri serta Yuna sendiri – semuanya bakal berlangsung secara eksklusif di server Levi’s® Music Project Discord global.
Sejak penubuhannya pada tahun 2015, Discord telah meningkat naik menjadi salah satu platform utama untuk pengguna internet berkumpul, bekerjasama dan berkomunikasi di atas talian. Levi’s® memandang tinggi aspirasi inovasi tersebut yang seterusnya menjadi pendorong utama untuk menjalinkan usaha sama bersama Discord dengan matlamat untuk menyediakan akses pendidikan dan kolaborasi muzik melalui jalinan Projek Muzik Levi’s®.
Kandungan Levi’s® Music Project x Yuna akan dilancarkan pada 24 November dan pelancaran program LMP bakal bermula pada awal tahun 2022 di server Levi’s® Music Project Discord dan saluran YouTube Levi’s®. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan jadual keluaran global penuh, sila rujuk lampiran di bawah.
Sertai server Levi’s® Music Project Discord DI SINI.
Ikuti Levi’s® Music Project di: