Destroy The Evil, Kumpulan Yang Lahir Untuk Pentas Rock

oleh Muhammad Ridhwan Bin Sa'aya
3K bacaan

Dengan hasrat untuk mengetengahkan genre attitude punk eksperimental, kumpulan tempatan yang berasal dari negeri Melaka ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2017.  Mereka yang mahu dikenali dengan nama Destroy The Evil mendapat pengaruh utama muzik mereka daripada Eric Trips, Land of Talk dan Reverie Sound Revue dan banyak lagi. Mereka juga banyak menonton video dan mendengar lagu-lagu dari kumpulan tersebut bagi mencari inspirasi dan idea. 

Ahli-ahli Destroy the Evil terdiri daripada Lan (gitar), Amin (bass), Mior (keyboard), Sepul (gitar) dan Anip (drum). Beberapa tahun masa yang telah diambil oleh ahli kumpulan ini untuk mengumpulkan line up mereka supaya menjadi lengkap.

Akhirnya, pada tahun 2021, Destroy The Evil telah berjaya menyiapkan EP sulung mereka yang memuatkan lima buah lagu. Lagu utama bagi EP mereka ini berjudul petrichor ‘she’s not other girl. Lagu tersebut menampilkan Noni Zaini sebagai vokalis. Lagu-lagu lain yang turut berada dalam EP mereka berjudul control law (A) adalah Ka-Ba-Ret, shallow mind dan Aminah goes pop. Dengan siapnya EP sulung tersebut, kumpulan ini bakal membuat siri jelajah ke seluruh semenanjung bagi tujuan promosi.

Lokasi pertama jelajah mereka adalah pada 2 Januari 2022 di Merdeka Studio, Melaka. Selain mereka sebagai kumpulan utama, empat kumpulan lain akan turut mengiringi mereka. Antaranya kumpulan Arctic Static (Melaka Indie Rock), Albab LK (Tampin Rap Hip Hop), Ali Idris Dan Para Penonton (Johor Alternative Punk Rock) dan Peacemates (Melaka Punk Rock).

Lokasi seterusnya selepas negeri Melaka sedang mereka susun dan telah ada dalam perancangan jadual. Setakat ini, sebanyak lima buah negeri dan lokasi di utara,  pantai timur dan selatan telah dipilih. Hanya menunggu masa sahaja untuk diumumkan.

Menurut gitaris utama kumpulan ini, Lan, “Memandangkan SOP acara yang ditetapkan oleh Kerajaan adalah sedikit ketat, ia mengambil sedikit masa untuk kami memilih lokasi yang betul-betul tepat. Jadi kami hanya akan melakukan pengumuman tentang lokasi jelajah kami tersebut di sosial media dari masa ke masa, berserta tarikhnya sekali nanti.”

Ia pencapaian yang agak memuaskan untuk kumpulan baru seperti mereka dalam menyiapkan EP sulung dan seterusnya terus melakukan jelajah sendiri.

Walaupun beberapa kritikan telah diterima ke atas EP sulung mereka kerana kualiti bunyi yang dianggap kurang memuaskan dan boleh merencatkan beberapa lagu lain, namun EP tersebut yang dihasilkan berteraskan lo-fi masih boleh dibanggakan. Ini kerana mereka semua bekerja keras dalam menghasilkannya walaupun dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak ada perancangan yang profesional di dalam proses rakaman dan penerbitan. Tambahan lagi dengan pandemik dan kawalan pergerakan yang mengehadkan banyak aktiviti sosial.

EP kumpulan ini sudah boleh dibeli secara terus dari mereka melalui akaun Facebook dan Instagram yang menggunakan nama yang sama iaitu @destroytheevil. Pembelian EP turut boleh dibuat melalui hantaran emel ke alamat destroytheevil2021@gmail.com. Manakala untuk urusan pembelian EP dan tiket masuk bagi sesi jelajah mereka nanti, boleh terus berhubung dengan Lan (017-6339453) atau Anep (016-4031031).

Buat masa kini, kumpulan Destroy The Evil sedang merancang membuat video muzik (MV)  dalam masa terdekat. Mereka juga akan mengeluarkan barangan eksklusif mereka sendiri yang turut akan diberitahu di media sosial mereka kelak.

Sebelum temubual berakhir bersama penulis, Lan menambah, “Kumpulan kami juga dalam perancangan untuk melepaskan rilisan kedua yang mungkin akan diluncurkan sebelum bulan puasa tahun 2022.  Rilisan terbaru tersebut akan mempunyai sedikit kelainan dan hadir sekali dengan MV.”

Dari pihak penulis dan MAMY, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kumpulan Destroy The Evil. Jujur tidak mudah untuk kumpulan baru menapak dalam industri muzik bawah tanah dan mengetengahkan genre punk. Sesebuah kumpulan itu haruslah berani dan terus mencuba bagi menunjukkan bahawa mereka adalah unik dan berbeza daripada kumpulan sedia ada yang telah lama bertapak dan menempa nama.

Berikut di bawah adalah pratonton atau previu (trailer) untuk EP mereka yang juga sudah boleh ditonton di laman Facebook dan Instagram.

Ikuti Destroy The Evil di:

Instagram: @destroytheevil

Facebook: @destroytheevil

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅