Siapa yang tak tahu lagu Girlfriend dan When You’re Gone? Penulis yakin ramai yang tahu. Lagu itu merupakan single dari album ketiga penyanyi pop-punk dari Kanada ini, Avril Lavigne.
The Best Damn Thing dilancarkan 14 tahun lepas hari ini. Album ini telah move on atau meninggalkan muzik yang ada dalam dua album terawalnya yang lebih kepada elemen post-grunge.
Selepas pelancaran The Best Damn Thing, album ini mendapat kritikan positif dari pengkritik muzik, yang memuji haluan Avril dari grunge alternative rock kepada lebih pop-punk dan bubblegum pop, yang lebih catchy dan mesra radio. Tetapi, ada beberapa pengkritik pula berkata isi liriknya yang agak kasar dan ganas. Hmmm…
The Best Damn Thing menduduki tangga pertama dalam carta Billboard 200 di US, dan terjual 289,000 salinan dalam minggu pertama pelancarannya. Selain di US, The Best Damn Thing turut menduduki tangga pertama di Austria, Kanada, UK dan beberapa negara lain. Majalah AltPress menyenaraikan The Best Damn Thing sebagai pembuka tirai pop-punk pada tahun itu, 2007.
Pengkritik mengatakan album ini berada di landasan terbaiknya, kerana Avril bekerja dengan beberapa orang produser hebat seperti Matt Beckley, Rob Cavallo (produser Green Day), Dr. Luke dan Avril sendiri, dikredit sebagai produser eksekutif.
Avril menggambarkan album ini sebagai “fast, fun, young, bratty, rock, aggressive, confident, cocky in a playful way… all the good stuff.”
Tuduhan penipuan:
Pada 25 Mei 2007, penulis dan pencipta lagu, James Gangwer dan Tommy Dunbar menuntut saman terhadap Avril, penulis lagu Lukasz Gottwald, label Almo Music, dan RCA Records, yang mendakwa bahawa Girlfriend mengandungi lirik yang diciplak dari lagu mereka I Wanna Be Your Boyfriend, yang pada awalnya dipersembahkan oleh The Rubinoos dan dikeluarkan oleh Beserkley Records pada tahun 1978. Pada Januari 2008, penyelesaian rahsia tercapai di mana Gangwer dan Dunbar menarik balik tuntutan mereka untuk melakukan penipuan.
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #AvrilLavigne #TheBestDamnThing #MFPrincess #PopPunk