Setelah hampir 30 tahun berjuang, veteran hardcore dari Johor Bahru, N.E.T (Never Ending Threat) merintis era baharu dengan keluaran lagu terbaru mereka, ‘You’re Nothing’ semalam 17/4/2021.
Dengan kombinasi line-up asal (Fadhil, Halim – Vokal, Ahmad Fuad – Gitar) serta 3 ahli dari generasi baharu (Hafiz – Gitar, Udin – Bass, Tapa – Drum), N.E.T yang terkenal dengan antem ikonik ‘What’s The Point‘ itu kini memecah rekod menjadi satu-satunya band dari era kegemilangan generasi pertama (KLHC/JBHC) yang masih aktif dan kekal bergaya di era 2020-an.
Masih mengekalkan konsep New School Hardcore, lagu ini ternyata sangat ‘exciting‘ dan apa yang menarik, kombinasi bahasa Melayu dan Inggeris telah menjadikannya satu karya Hardcore yang mantap dan segar. Lirik yang ‘power‘ dan bersahaja menambah bisa pada sesiapa yang mendengar:
“Buat yang rasa diri lu boleh makan semua orang, Lu letak level orang lain bawah kaki lu, Dengar nie dengar /// Sekarang dunia dah kenal, Hipokrasi lu, Perangai macam sial“
Menurut mereka, EP penuh dijangka akan keluar hujung tahun ini dan ‘You’re Nothing’ ini adalah salah satu daripada 2 lagu yang telah siap direkod.
Dengarkan ‘You’re Nothing’:
N.E.T adalah antara perintis awal arena Hardcore Malaysia generasi pertama seiring dengan lagenda-lagenda seperti Basic Right, Chronic Mass, Projekt AK dan Disaster Funhouse. Selain album sendiri sekitar 2000, mereka juga telah berpengalaman luas tampil dalam pelbagai kompilasi tempatan dan luar negara.
Bagi N.E.T, mereka masih kekal hanya kerana satu perkara: Passion (keghairahan). Oleh itu, mereka amat berharap terutama kepada generasi baharu agar mengikuti Hardcore bukan kerana trend, tetapi passion yang akan menentukan hayat sesuatu unit band. Selain itu, respek dan saling menghormati juga perkara penting yang perlu dipupuk.
Ini satu pencapaian yang luar biasa bagi veteran yang memulakan gerakan muzik independen tempatan sejak 90-an kerana kini, mereka telah merentas 2 generasi yang berbeza dan pastinya, kelagendaan mereka akan terus bersambung pada masa akan datang. Lu all memang power.
#ChivasAlexandria