9 Tahun Tanpa Album, The Offspring Akhirnya Keluarkan Let The Bad Times Roll

oleh Azam Gilmour
1.5K bacaan

Band punk rock US, The Offspring lancarkan album ke-10 mereka, Let the Bad Times Roll 2 hari lalu, selepas 9 tahun tanpa material baharu. Dihasilkan oleh Bob Rock, dan merupakan album pertama mereka dengan label Concord Records. Album ini juga menjadikan album pertama mereka dengan pemain bass baharu, Todd Morse selepas Greg K meninggalkan The Offspring pada tahun 2019.

Jadual jelajah mereka, penukaran anggota, isu undang-undang dan pencarian label baharu selepas mereka berpisah dengan label Columbia Records, yang telah keluarkan enam album mereka sebelum ini adalah antara punca kelewatan album ini.

The Offspring mula merakam material bersama Bob Rock seawal Ogos 2013, dan selepas beberapa kali melakukan rakaman semula di pelbagai studio di antara 2014-2019, akhirnya siap pada tahun 2019 dan sudah bersedia untuk dikeluarkan pada tahun 2020. Namun selepas pandemic Covid-19 melanda, Let the Bad Times Roll terpaksa ditunda ke tahun ini.

Single pertama Coming For You telah dilancarkan seawall 2015, diikuti Let the Bad Times Roll awal Februari lalu dan terbaharu adalah We Never Have Sex Anymore pada 2 April 2021.

Siapa dah dengar Let the Bad Times Roll?

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #TheOffspring #LetTheBadTimesRoll

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅