The Zutons, band indie rock dari UK melepaskan album kedua mereka, Tired of Hanging Around hari ini 15 tahun lalu.
Tired of Hanging Around dirakamkan di Townhouse dan Olympic Studio pada 2005, dan The Zutons menggunakan khidmat Stephen Street sebagai produser album ini. Album ini berjaya menduduki tangga kedua carta album di UK.
Cerita lain:
Selepas single Valerie berjaya pada tahun 2006, Mark Ronson menjemput Amy Winehouse menyumbang suara untuk projek baharu beliau. Mark mendakwa Amy tidak mendengar apa-apa lagu yang ditulis selepas tahun 1967, dimana Amy berjuang untuk menghasilkan sesuatu yang sesuai dengan sesi rakaman album baharu Mark, Version yang bakal menyusul.
Selepas Mark menerangkan kepada Amy bahawa album itu kelak berunsur soul guitar, Amy berkata beliau mahu mencuba Valerie. Dari situ Mark berusaha keras untuk mendengar Amy nyanyikan Valerie. “Aku tidak pasti bagaimana hasilnya, tetapi Amy masuk ke studio untuk mencubanya. Aku sukakannya,” ujar Mark Ronson.
Valerie versi Amy Winehouse:
#AzamGilmour#MusicAddictsMalaysia#MAMY#AnniversaryAlbum #TheZutons #TiredOfHangingAround