Band country-rock US, Eagles lancarkan album kedua mereka Desperado hari ini, pada tahun 1973. Desperado dirakam di Island Studio di London, England. Lagu Desperado ini berdasarkan kisah Old West.
Semua anggota Eagles mengenakan pakaian ala-ala outlaw man menghiasi kulit album, dan Desperado merupakan satu-satunya album mereka yang menampilkan mereka di kulit hadapan album.
Lagu Desperado tidak dikeluarkan sebagai single walaupun lagu itu hit, kerap dimainkan di corong-corong radio dan kerap dimainkan di hampir setiap persembahan mereka.
Dalam majalah Rolling Stone tahun 2004, lagu itu diletak ditangga ke 494 dalam senarai The 500 Greatest Songs of All Time. Desperado bagaimanapun berjaya menduduki tangga ke-41 dalam carta album Billboard, dan diiktiraf emas oleh RIAA pada 23 September 1974, dan platinum berkembar pada 20 Mac 2001.
Dua lagu dikeluarkan sebagai single, iaitu Tequila Sunrise dan Outlaw Man.
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #Eagles #Desperado #ClassicRock