Luahan Jiwa Insecure

oleh Mohd Aqil Aiman
1.3K bacaan

Insecure merupakan sebuah projek solo Ku Azri yang berasal dari Tanjung Malim, Perak. Idea penubuhannya tercipta sejak tahun 2020 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali pertama dilaksanakan dan mengetengahkan bunyian yang bercampur aduk tetapi lebih selesa dikategorikan sebagai alternative rock.

Single Bayang yang dirilis pada 19 Jun 2021 mengisahkan tentang kesedihan yang telah lama dipendam oleh seorang watak. Insecure menggunakan medium ini sebagai perantaraan antara seni dan jiwanya yang sedih dengan sebuah kehidupan dan hanya mampu mengadu nasib dengan bayangnya sendiri sahaja.

Menurut Ku Azri, rilisan-rilisan Insecure selepas ini akan bertunjangkan tema keresahan dan depresi. Sebelum ini, beliau telah melepaskan single pertama berjudul Luka Duka pada bulan Mac tahun ini.

Mengkome patut sokong band tempatan macam ni sebab mereka bermain dengan jiwa. Semoga terus semangat dan sukses!

Ikuti Insecure di :

Instagram

Facebook

Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅