‘Semalam’ – Sebuah Kempen Selamatkan Alam Sekitar Oleh Miura

oleh Rahmat Mohd Did
2.4K bacaan

Setelah meluncur album pertama mereka; Bumi, Hutan Dan Laut, Antara Mereka Tumbuhnya Sekawan Lumut pada 1 Jun 2021, kugiran alternative rock dari Perak, Miura akhirnya hadir dengan video muzik (MV) pertama berjudul Semalam di saluran YouTube pada 21 Jun 2021.

Semalam adalah sebuah projek kesedaran persekitaran melalui seni, budaya dan turut menampilkan Noor Ismady selaku Naib Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA. MV ini mendedikasi perjuangan KUASA dalam memelihara kelestarian hutan Segari Melintang, Perak yang menjadi tempat terakhir penyu mendarat di Perak dan kini kian terancam akibat pembinaan kilang di sekitarnya yang mengancam kehidupan marin terutamanya penyu dan pokok spesis Balau Putih.

Miura tampil berbeza berbanding kugiran-kugiran lain dengan menerapkan elemen puisi ke dalam lagu-lagu mereka dan album Bumi, Hutan Dan Laut, Antara Mereka Tumbuhnya Sekawan Lumut dikeluarkan dengan pakej istimewa bersama-sama sebuah booklet yang mengandungi lirik, puisi dan fotografi hitam putih bertemakan alam sekitar dan kepentingan menjaga warisan.

Sebagai kumpulan rock alternatif, nama MIURA tidak asing lagi dalam dunia muzik Malaysia dengan permulaan low-profile beraksi di litar gig bawah tanah dan kejayaan EP debut mereka, ‘Force Majeure’ yang dikeluarkan pada September 2009. Kemunculan semula pada 2016 setelah berehat beberapa tahun meneliti serta bereksperimen dengan material baru, MIURA hampir tidak menarik nafas lega sebelum mengorak langkah dengan album terbaru mereka, album 10 lagu berjudul, ‘Bumi, Hutan Dan Laut, Antara Mereka Tumbuhnya Sekawan Lumut’, yang dilancarkan pada 1 Jun 2021 lalu menceritakan suka duka kehidupan serta perjuangan kelestarian ALAM. Album ini turut didatangkan dengan buku terkandung koleksi puisi penyucian diri tulisan Hamzah Yazd. Ia turut diselang-seli foto-foto pilihan dari jurugambar independent di Laman Karya Lumut – LAKAR.

Album ‘Bumi, Hutan Dan Laut, Antara Mereka Tumbuhnya Sekawan Lumut’ adalah projek pertama MIURA dengan kerjasama Laman Karya Lumut (LAKAR) yang dirakam dan dihasilkan di studio NAGARAKOTA, diedarkan ke semua platform streaming utama Jun ini. Album ini dihasilkan sepenuhnya, diadun dan dimaster oleh Mohd Najmi Jamaluddin yang juga pernah merekod trek untuk band Lovethee, SOFT, Terlarang, Targun, Harmacy, Teman Lelaki dan banyak lagi dari zaman Attack Studio, Kuala Kangsar hinggalah kini di Nagarakota, LAKAR, studio tepi laut mengadap Selat Sg Dinding di pekan Lumut.

Miura adalah:

Hamzah Yazd: Vokal/ Penyajak

Halimi Ahmad: Vokal/ Pemain bass

Saleh Sahidan: Gitaris

Najmi Jamaluddin: Gitaris

Fadel Aziz: Dram/ Perkusi

Ikuti Miura di:

Facebook

Instagram

Twitter

YouTube

Bandcamp

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅