Steve Aoki Bikin Reimaginasi Antem Ulung REM ‘Losing My Religion’

oleh Chiv Iscandar
884 bacaan

Steve Aoki telah melancarkan remix lagu ‘Losing My Religion’ antem klasik alternatif pop yang asalnya dibawa oleh R.E.M (Michael Stipe).

Semua sedia maklum, Steve Aoki ialah seorang penggemar rock alternative dan remix Losing My Religion ini adalah entri karya mashgul terbaru beliau dalam mengiktiraf genre muzik 90-an itu.

Dalam lagu terbaru ini, vokal dibawa oleh MKLA, seorang gadis vokal buluh elektrik perindu dari Toronto, Canada manakala ia turut dihasilkan secara kolaborasi bersama Gattuso, iaitu nama asalnya Reem Taoz seorang DJ dari Tel Aviv, Israel.

Steve Aoki sendiri lebih gemar berpadu muzik dengan band-band seperti Linkin Park, Blink 182 dan seangkatannya.

Berikut ialah pengakuan Steve mengapa dia mesti membuat remix lagu Losing My Religion:

Lagu ini ialah lagu REM paling faveret gua sepanjang zaman gua memang membesar dengan lagu hebat ini jadi apadehal jack, kita bikin balik satu kali kasi hayun 2021 ni….

Apa kata anda? Karya terbaru ini memang agak istimewa kerana ia adalah hubungan personalisasi Steve dengan lagu hebat REM.

Untuk perbandingan, jom layan lagu asal REM satu kali:

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅