Luar Radar – Cubaan Menerjah Radar Pendengar Muzik Malaysia

oleh Music Addicts Malaysia
353 bacaan

Majlis pelancaran album kompilasi Luar Radar yang berlangsung pada 21 Februari 2024 di Kuala Lumpur.

Dari studio yang sama menerbitkan PEKIK (filem dokumentari & album kompilasi), kini hadir sebuah lagi naskah terbaru yang diberi nama ‘Luar Radar’.

Membariskan 14 pengkarya independen tempatan, ‘Luar Radar’ adalah satu lagi usaha Stereo Pixels untuk mengangkat pemuzik-pemuzik independen yang ada di Malaysia – khususnya yang berpotensi untuk diketengahkan ke dalam pasaran muzik tempatan – tetapi berada di luar radar pendengar muzik di Malaysia.

14 pengkarya yang terlibat di dalam naskah kali ini ialah Private Whizz, Yon.Dershore, Dekwa, Dish, Insecure, Motherland, Centjar, Danial Afif, Hunky-Dory, Persis, Jsuono, Avalanche, Nervedeless dan Pickcell.

Dengan berpaksikan frasa ‘Muzik itu Universal’, pelbagai genre muzik telah disatukan di dalam naskah yang cukup istimewa ini – dari muzik santai yang menyegarkan hinggalah ke muzik berat yang mesra ‘moshpit’.

Dengarkan alunan modern rock bertenaga dari Private Whizz dan Dish, kreativiti muzik fusion dari Dekwa dan Jsuono, experimentasi muzik dari Yon.Dershore, pop rock mesra radio dari Persis dan Danial Afif, ekspresi berteras akustik dari Hunky-Dory, Centjar dan Motherland, jiwa 90’s rock dari Avalanche dan Nervedeless serta hentakan muzik berat dari Insecure dan Pickcell.

“Satu kompilasi berbagai genre yang sangat menyegarkan. Kompilasi yang menjanjikan beberapa melodi serta nyanyian sedap, yang saya tidak duga. Terpegun saya. Masih ada harapan lagi industri kita”, Rom Mohd Nor (ROTTW).

Album ‘Luar Radar’ kini telah diluncurkan ke dalam semua platform digital (Spotify, Apple Music,YouTube Music) bermula pada 24 Februari 2024 (24/2/24).

Untuk menzahirkan sokongan padu kepada pengkarya terlibat, pendengar juga boleh mendapatkan ‘merch’ dan CD fizikal ‘Luar    Radar’ melalui laman web https:// luarradar.stereopixels.com

Penerbitan album ‘Luar Radar’ ini telah disokong oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) yang menerajui inisiatif ‘Sustainable Development Goals’ (SDG) di Malaysia. Usaha ini merupakan program SDG melalui muzik yang pertama dianjurkan seumpamanya.

INFO LANJUT:

Laman Web: https://luarradar.stereopixels.com

IG/TikTok/YouTube: @spxmuzique

Whatsapp: 010-7889502

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅