LUF – Permata Baharu Pop Rock Malaysia

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.1K bacaan

Setakat pertengahan Jun 2023, penulis mendengar dari beberapa rakan di mana terdapat beberapa kugiran baharu sedang meningkat naik dan kebanyakkannnya datang dari genre hardcore, metal, punk rock dan fusion namun kali ini penulis mendapat khabar dari teman baik penulis di mana beliau telah menubuhkan sebuah kugiran diberi nama LUF dan mereka telah melancarkan dua single sekaligus di semua platform digital pada 24 Februari 2023 iaitu Ruang dan Menunggu.

LUF merupakan sebuah kugiran projek dianggotai oleh Shahril (Vokal, Gitar Akustik), Ucop (Gitar), Din (Bass), dan Macha (Dram). Menjadikan Pop Rock sebagai genre utama, penulis agak teruja kerana ini merupakan gabungan dua kugiran iaitu Modescape dan Classmates di mana pernah menjadi bualan ramai pada beberapa tahun lalu.

Dua single yang dilancarkan oleh LUF ini boleh dikatakan cuba untuk keluar dari arah tuju kugiran mereka yang terdahulu. Dimulakan dengan Ruang, penulis terkesima dengan permainan synthesizer yang ditampilkan. Susunan lagu boleh dikatakan seronok didengari berulang kali, ditambah pula dengan konsep less is moore untuk permainan instrumen serta lontaran vokal menjadikan lagu ini istimewa. Penulis berpendapat single ini mesra pendengar dan tidak adil jika radio tidak mengambil peluang memutarkan lagu mereka.

Untuk single Menunggu, penulis dapat merasakan clarity yang ingin dibawa oleh LUF. Elemen keikhlasan, kecewa, kesakitan, semua dapat dirasakan oleh penulis sepanjang lagu ini diputarkan. Melodi yang dibawa oleh Shahril segar seperti keenaakan buah kurma dari timur tengah (Yusoof Taiyoob). Momentum dari Ruang masih sama seperti Menunggu namun penulis menggemari dinamik naik turun yang dibawa oleh mereka. Bukan itu sahaja, penulis ingin memberi kredit kepada Ucop. Pada pendapat penulis, beliau merupakan gitaris generasi baharu yang underrated di Malaysia dan mampu memberikan ‘nyawa’ dalam lagu bukan sekadar dalam permainan gitar namun dalam bahagian adunan dan mastering juga. Dalam masa 2,3 tahun kebelakangan ini, Ucop telah menjadi pilihan ramai kugiran dan artis solo dalam kerja akhir studio dan penulis boleh berkata Ucop merupakan Raja Pop di zaman kini dalam bahagian adunan dan mastering.

Di kesempatan ini, penulis telah mendapatkan Shahril untuk sesi temubual ekslusif buat semua pembaca di luar sana.

  1. Boleh tahu macam mana LUF ni boleh tertubuh?

“Band ni kalau kau tanya aku, dia adalah campuran DNA yang boleh dikatakan sama tapi tak serupa. Classmates dan Modescape boleh dikatakan berbeza genre namun mempunyai arah tuju yang sama.

  1. Boleh ceritakan sikit proses pembikinan kedua single ini?

Single ‘Menunggu’ lirik dan lagu ditulis oleh aku sendiri dan ‘Ruang’ pula, lirik ditulis oleh aku manakala lagu daripada Ucop. Kenapa kitorang release 2 lagu sebab kitorang merasakan ini adalah permulaan terbaik sebagai sebuah kugiran dan both songs ada direction yang tersendiri sebenarnya. Macam lagu ‘Menunggu’ tu memang aku nak something yang relax namun ada dynamics manakala ‘Ruang’ ni Ucop memang buat something yang segar pada aku lagi-lagi part synth tu. Memang kau dengar time petang-petang syok ah hehe.

  1. Macam kau kan dari band Modescape, tapi yang lain semua dari Classmates. And aku difahamkan semua kat Johor Bahru tapi kau seorang sahaja yang berada di Kuala Lumpur. Macam mana korang bekerja sekali?

Aku rasa there is no issues aku di KL dan mereka semua di JB. Personally, aku excited bila Ucop contact dan melamar aku untuk join this band project. Sepanjang penubuhan awal, aku senang bekerja dengan semua ahli band dan all of us know what we want and segala kerja kitorang buat di Whatsapp/Email dan Telegram. Untuk instrumen, memang kitorang jalan sama-sama dari awal. Masing-masing ada idea tersendiri dan kami sangat teruja bila produk ni siap dan mencapai tahap yang kami nak.

  1. Tahun ini apa plan LUF?

So far kitorang tengah work it out for next release dan kitorang sebenarnya tak sabar nak buat persembahan sebagai sebuah unit. InshaaAllah jika ada rezeki, adalah kami di mana-mana plus semua agak sibuk dengan jadual masing-masing.

  1. Apa harapan LUF di masa hadapan?

Kami mengharapkan semua dapat meluangkan masa mendengar single di semua media platform dan kalau dah dengar, jangan lupa share kat kawan-kawan dan tag kitorang di Instagram.

Secara keseluruhannya, kedua-dua single ini merupakan permulaan yang baik buat LUF dan penulis menanti rilisan mereka seterusnya. Tahniah buat LUF, semoga kalian terus maju dan jangan mengalah untuk menawan hati pendengar. Adios.

Ikuti perkembangan LUF di:

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅