Pulau Pinang, sebuah negeri yang bukan sahaja menjadi syurga makanan buat para foodhunter namun mempunyai banyak bakat terpendam dan boleh dikatakan hidden gem. Kali ini penulis membawakan sebuah kugiran yang diberi nama Saiko-Rama di mana mereka baru sahaja melancarkan single berjudul Kau Beautifool berserta Muzik Video pada 25 Jun 2023 yang lepas.
Kugiran Pop/Rock Alternatif ini dianggotai lima orang anak muda berjiwa besar iaitu Aiman (Vokal/Gitar), Zulfadzli (Bass), Haziq (Gitar Utama), Mizan (Kibod), dan Harith (Dram). Ditubuhkan pada tahun 2019, Saiko-Rama mempunyai EP (Self-Titled) yang mengandungi lima buah lagu di dalamnya termasuk single Kau Beautifool. Bezanya untuk rilisan kali ini, mereka menggunakan khidmat Zel Ashraf dari Studio Rajawali, Bayan Lepas sebagai studio pilihan.
Menurut Zulfadzli, single ini bertemakan cinta remaja yang tentang seorang lelaki yang meminati seorang gadis namun tidak pernah berdepan dan berterus terang kepada gadis tersebut.
“Perkataan ‘fool’ dalam Kau Beautifool tu merujuk pada tindakan bodoh dalam masa yang sama, berani untuk buat apa sahaja untuk ‘try’ awek ni. Walaupun akhirnya dah berterus terang, tapi kecewalah sebab gadis tu dah ada yang empunya. Sedih en? Tapi tu la cinta remaja huhuhuhu.”
Walaupun penceritaannya mempunyai dinamik yang tersendiri, penulis memuji kesungguhan kugiran dari Pulau Mutiara ini untuk terus dikenali oleh serata rakyat Malaysia. Single ini penulis klasifikasikan sebagai easy-listening dan penulis dapat melakukan sing along sepanjang lagu ini dimainkan. Susunan lagu yang cantik, alunan vokal dan permainan instrumen yang bagus dan semestinya elemen J-Rock dan Brit Pop memberikan ramuan secukupnya dalam single ini. Walaupun kedengaran sedikit kasar namun penulis boleh simpulkan ini produk yang baik daripada Saiko-Rama.
Namun penulis mencadangkan untuk rilisan seterusnya, Saiko-Rama cuba keluar dari zon selesa lagi-lagi di bahagian vokal kerana agak mendatar. Bukanlah untuk menyanyikan not tinggi namun buat sesuatu yang lain daripada yang lain.
Penulis sempat bertanya kepada Zulfadzli tentang perkembangan terbaru Saiko-Rama dan apa perancangan mereka pada tahun ini.
“So far perkembagan terbaru, kami tengah cuba sebaik boleh untuk perbanyakkan gig dan acara yang kami boleh main dan hiburkan para pendengar. Sekarang ni kami aktif di sekitar Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah. Ada juga kami main gig di KL dan sambutan peminat di sana agak memberangsangkan.
Buat masa ini, kami dalam proses merakamkan album pertama dan inshaaAllah akan ada 10 buah lagu. Jika tiada aral melintang, boleh siap sebelum hujung tahun ini dalam masa yang sama selepas album keluar, kami bercadang untuk melakukan siri jelajah di beberapa tempat serata Malaysia untuk mempromosikan lagu-lagu kami.”
Konklusinya, single ini merupakan permulaan yang baik daripadaSaiko-Rama selepas pelancaran EP sebelum ini. Buat para penganjur, kugiran seperti ini tidak harus diketepikan dan wajib dijemput untuk melakukan persembahan kerana mereka mempunyai showmanship yang bagus di atas pentas. Kali terakhir penulis melihat mereka adalah pada Jun 2022 di Soundmaker Pulau Pinang dan ternyata mereka sangat berbakat.
Tahniah buat Saiko-Rama atas pelancaran single ini. Semoga terus maju dan jangan menoleh ke belakang. Jika ada rezeki, kita akan berjumpa lagi. Adios!
Ikuti perkembagan Saiko-Rama di: