Menolak ‘Khabar Angin’ dan Menjadi Diri Sendiri

oleh Rahmat Mohd Did
1.6K bacaan

Khabar Angin adalah lagu yang menandakan kemunculan semula Bani, menonjolkan perbezaan persepsi dan interpretasi ke atas diri dari sudut pandang orang lain. Bernuansa pop/ R&B/ hip hop dan alternative, naskah ini mendapat sentuhan Naufal Yusoff dari GreenDoor Studios untuk proses adunan dan mastering. Video liriknya pula dimuatnaik di YouTube pada 23 Ogos 2021.

Di fikiran orang lain, ada banyak versi tentang diri kita dan siapa kita yang sebenarnya. Namun, hanya satu versi sahaja yang penting, iaitu diri yang kita kenali sendiri – Bani

Bani menjelaskan Khabar Angin membawa pendengar ke dalam sebuah perjalanan, bermula dengan fasa refleksi diri setelah melihat semua versi tadi dan cuba memahaminya. Setibanya di korus pertama, watak tadi cuba menafikan segala pandangan prejudis terhadapnya sebelum meletus ke peringkat seterusnya. Rangkap kedua pula adalah gabungan sajak dan rap di mana watak tadi cuba mendepani krisis dalam dirinya dan korus terakhir adalah penamat di mana watak ini akhirnya menyerap segalanya dan cuba jadi dirinya sahaja.

Walau bagaimanapun, jangan sesekali kita mengalah terhadap pandangan orang lain. Biarkan saja mereka berkata-kata. Kita hanya perlu diam kerana diam juga merupakan mekanisma pertahanan yang ampuh. Teruslah berusaha memperbaiki diri dan jadi diri sendiri.

Ikuti Bani di:

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅