‘Selamanya’ – Dendangan Generasi Terkini oleh Joyberry

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.3K bacaan

Joyberry

Trio Alternatif/ Synthpop dari Sungai Petani, Kedah, Joyberry telah meluncur single terbaharu mereka iaitu Selamanya pada 7 Ogos 2021 di semua platform strim digital.

 

Lagu yang disuntik dan diadun elemen synthpop, upbeat dan city pop ini menceritakan tentang positif kehidupan seputar persahabatan dan perjuangan untuk rakyat dan negara tercinta iaitu Malaysia. Sebelum ini, mereka juga pernah melancar EP yang bertajuk Can U Teach Me How to Start Over dan membuat persembahan di beberapa festival dan gig di serata Malaysia serta pernah berkolaborasi dalam dua album kompilasi  iaitu 2020 PKP Project: Stay Home dan PKP Project 2: Extended dan menurut mereka single ini diambil dari debut album pertama mereka yang akan muncul pada akhir tahun ini.

Bagi penulis, bilangan yang melihat single mereka di Youtube ini sangatlah tidak adil kerana naskah ini kedengaran segar bukan sahaja di bahagian bunyi dan susunan lagu, malah lantunan vokal juga disampaikan dengan baik. Kudos kepada Joyberry kerana bijak mengadun pelbagai instrumentasi dan dinamik ke dalam Selamanya sehingga kedengaran sangat penuh dan meriah. Penulis turut menggemari petikan guitar yang sangat catchy dan sempat menghentak kaki membayangkan penulis sedang berdansa di sebuah Kelab Malam Silver Tortoise #ytjt. Untuk kualiti, Shaheir Jidin dari Jendela Recordings telah melakukan adunan dan mastering dengan sangat baik dan sekata. Dari sudut lirik pula jika dibaca dengan teliti, setiap ayat yang dilontarkan cukup sifat, senang difahami dan senang untuk diingati dan dalam erti kata lain, easy listening dan sungguh menawan rasa. Sekadar memetik sedikit bait-bait lirik Selamanya:

Ku percaya, kita mampu genggam satu dunia,

Dengan cinta, kerna cinta mekar selamanya,

Tiada benci, hasad dengki dalam hati ini,

Ku percaya, kita mampu lakukannya.

Tahniah atas pelancaran single ini dan teruskan perjuangan kalian agar bunyian seperti ini diterima oleh rakyat Malaysia dan turut diingatkan, Joyberry juga melawan keganasan politik #LAWAN. ADIOS!

Ikuti Joyberry di:

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅