An Honest Mistake Ajak Pendengar Refleksi Diri Untuk Jadi Lebih Baik Dalam Perhubungan

oleh Rahmat Mohd Did
1.9K bacaan

Sedar tak sedar, sudah hampir dua tahun dunia bertarung dengan pandemik Covid-19. Walaupun sebahagian kecil negara mampu keluar dari belenggu ini, Malaysia masih belum pulih sepenuhnya. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan dan rakyat sendiri bagi membendung penularannya. Apa yang penting, pemuzik-pemuzik tempatan masih bertahan dan tidak mengalah, malah banyak karya kreatif baharu yang terhasil sebagai refleksi terhadap situasi yang sedang berlaku. An Honest Mistake, veteran pop punk Kuala Lumpur tidak terkecuali meluncur naskah baharu mereka, All Over Again yang kini boleh dinikmati di semua platform strim digital.

Jika anda mengikuti perkembangan An Honest Mistake, pasti perasan dengan perubahan mereka dari segi bunyi sejak single #IDGAD dikeluarkan pada tahun lepas di mana mereka telah meninggalkan fasa pop punk ‘gembira’ seperti rilisan-rilisan sebelumnya dan mula meneroka elemen elektronik dan trap beats sebagaimana yang dilakukan kebanyakan band-band rock dan metal gergasi dunia seperti Bring Me the Horizon, Architects dan banyak lagi. Tema lirikal mereka juga turut berevolusi daripada standard bubblegum pop kepada eksplorasi isu-isu yang lebih peribadi dan dekat di hati, tambah-tambah lagi di waktu sukar sebegini.


Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, isu-isu yang selalu kita dengar adalah tentang kesihatan mental, namun All Over Again berkisar tentang pengalaman gitaris An Honest Mistake iaitu Tomas yang kesepian kerana tidak mempunyai teman istimewa untuk menempuh hari-hari mendatang. Beliau meluah perasaan kepada sang vokalis, Darren yang akhirnya mencetuskan idea kepada penghasilan lagu ini. Menurut Tomas, jika berpeluang kembali ke masa lepas, pasti beliau akan mengubah nasib hidupnya ke arah yang lebih baik.

Tema dalam All Over Again adalah tentang kesepian, penyesalan dan belajar bagaimana untuk menghadapinya dalam konteks perhubungan.

An Honest Mistake berharap melalui lagu ini, mereka mampu memberi memberi kesan positif kepada pendengar untuk sama-sama memperbaiki diri lebih-lebih lagi kepada diri sendiri dan pasangan masing-masing. Ia juga mengingatkan kita agar tidak dihantui masa silam dan sentiasa fokus menghidupi hidup di masa kini dan menjadi lebih baik.

Penghasilan All Over Again dikuasakan dengan dana dari CENDANA dan sepatutnya diterbitkan bersekali dengan sebuah video muzik (MV), namun oleh kerana tiada tanda-tanda PKP akan berakhir dalam masa terdekat, ia terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Ikuti An Honest Mistake di:

Instagram

Facebook

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅