Kumpulan Payslip yang dianggotai tiga anak muda iaitu Akeem (vokalis ), Jimi (bass), Wan (drummer) serta dua ahli baharu iaitu Dini (gitaris) dan Farez (keyboard) baru sahaja melancarkan single Berlari yang kini boleh ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Bersama barisan anggota sebelum ini, Payslip pernah diberi jolokan XPDC Junior dan berjaya muncul dengan sebuah EP pada tahun 2014 serta single saduran Semangat Yang Hilang pada tahun 2017 sebelum mendiamkan diri dan akhirnya kembali dengan lagu baharu pada tahun ini.
Bercakap tentang label XPDC Junior oleh netizen, mereka menyatakan bahawa tidak selesa dengan gelaran tersebut kerana Payslip mengetengahkan genre berbeza iaitu pop rock, alternatif rock dan post-Brit pop. Tambah Dini:
Kami tidak mahu dibandingkan dan tidak layak digelar XPDC Junior kerana mereka adalah nama besar dan legenda dalam industi sedangkan kami baru sahaja mahu bermula dengan ‘ekspedisi’ sendiri.
Berlari mengisahkan tentang kehidupan dari sudut pandang generasi muda hari ini. Tentang membawa diri untuk menjalani hidup, mencapai impian, dan matlamat yang kita semua inginkan walaupun kita tahu akan sentiasa ada rintangan, ujar Dini. Dalam setiap apa yang kita angankan kita akan sentiasa pastikan kita “go for it” walaupun rasa mustahil, tambahnya lagi.
Harapan mereka untuk lagu ni adalah supaya pendengar dapat menjadikannya sebagai pencetus semangat untuk mencapai cita-cita dan impian yang diidamkan.
Ikuti Payslip di: