Setelah sekian lama, Band Mesra Stage, Naratu kembali dengan single berjudul Mata Pendusta bersama kehadiran vokalis baharu iaitu Hairil Kenix dari Thy Regiment.
Kali terakhir penulis mendengar khabar mereka ialah pada tahun 2020 sewaktu mereka membuat persembahan di Oasis Ara Damansara iaitu Underground Music Festival dan selepas itu mereka terus senyap sehingga ke tarikh single ini dikeluarkan.
Menurut Ardy iaitu Gitaris Naratu, Mata Pendusta mengisahkan tentang situasi Malaysia ketika ini yang dibelenggu isu rasuah dan salah guna kuasa oleh beberapa pihak dan perkara ini harus dibanteras segera sebelum menjadi barah dalam masayarakat Malaysia.
Pendapat penulis? Naskah ini membuktikan bahawa Naratu telah mengubah corak bunyi mereka yang sedia ada dan susunan yang ditampilkan juga sedikit berbeza berbanding material-material sebelumnya. Jika sebelum ini album mereka iaitu Bersama Selamanya agak hybrid dan keras, kali ini banyak elemen segar ditambah menjadikannya lebih berlemak di bahagian muzikal namun lirik mereka nampaknya semakin ‘berlapik,’ tidak seperti sebelumnya yang kita ketahui penuh dengan elemen sumpah seranah dan ‘kurang ajar.’ Apa pun, penulis mengalu-alukan hala tuju baharu mereka dan penulis yakin formula ini bakal menarik perhatian peminat-peminat baharu.
Kualiti? Jangan risau kerana adunan dan mastering yang dilakukan oleh Nu Breax Studio itu sendiri memang padu all the way seperti kehebatan Robert Lewandoski di Bayern Munich.
Persoalan penulis di sini ialah kenapa Kenix? Ini adalah jawapan dari Ardy:
Aku ambil Kenix sebab beliau pernah menjadi sessionist buat Naratu sebelum ni sebagai vokalis menggantikan Azam dan bukan sahaja beliau mudah bekerja namun karekter vokalis itu memang ada pada dia. Dan hasil yang diberikan oleh Kenix amat memberangsangkan.
Menurut Ardy lagi, single ini bakal dimasukkan ke dalam kompilasi album yang dijanakuasakan oleh sebuah NGO dan tema yang diberikan ialah APB (Anti-Police Brutality) dan akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Tahniah buat Naratu atas pelancaran Mata Pendusta. Semoga kalian terus kuat mengharungi cabaran dan harapnya kita dapat berjumpa di mana-mana. Adios!
Ikuti Naratu di:
#EkhwanFuentes