Meteorix Lahirkan ‘Bidadari’

oleh Mohd Aqil Aiman
3K bacaan

Meteorix merupakan sebuah band alternative pop yang bertapak di Lembah Klang dan baru sahaja meluncur sebuah lagu berjudul Bidadari di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada 30 Julai yang lalu. Lagu ini merupakan hasil kolaborasi Meteorix Dmo Studio dan juga Universal Music Malaysia dan telah mencecah lebih 2,000 tontonan setakat ini.

Bidadari mendapat sambutan yang baik oleh pendengar muzik tanah air kerana rata-rata komen menyatakan bahawa lagu ini mudah diterima selain mempunyai susunan muzik pop yang terkini serta sentuhan alternative rock.

Lirik lagu yang dihasilkan sepenuhnya oleh Wan, penyanyi utama band ini, tidak dapat disangkal lagi kerana bait-bait lirik yang didendangkan menusuk hati. Mewakili Meteorix, Ijan (pemain bass) berkata:

“Bidadari mengisahkan tentang seorang wanita yang hilang dan sebuah kehilangan. Ianya amat bermakna buat band kami.

“Kami berharap single Bidadari ini dapat membuka lebih banyakj ruang dan peluang untuk Meteorix melebarkan sayap di dalam industri muzik.”

 

Bercakap tentang band, Ijan, Ilham (gitar utama), Amir (gitar/ keyboard) dan Jai (pemain dram) memang sudah berkawan lama. Malah, sebelum ini mereka selalu mengiringi persembahan penyanyi di majlis makan malam dan majlis perkahwinan.

Saya bersama Wan memang mempunyai projek khas, tapi disebabkan kami memang sudah terbiasa bersama band, kami bersama menwujudkan band baharu dan kami ditawarkan untuk bergabung menjadi satu kumpulan yang diberi nama meteorix.

 

Lagu yang berdurasi 4 minit 10 saat ini amat sesuai untuk semua golongan masyarakat dan sekiranya pembaca belum mendengar single terbaru Meteorix ini, boleh tonton video muziknya di YouTube atau di platform-platform strim digital pilihan anda.

Ikuti Meteorix di media sosial:

Instagram
Facebook
Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅