Mimpi Basah: Sebuah Gig Yang Dilancarkan Sebelum Setan Dirantai

oleh Aqil Syakir
2.1K bacaan

Mimpi basah — sebuah gig yang menghimpunkan tiga band berpengaruh di Malaysia iaitu Jetcetera, TimeMachine dan Couple. Ia dilancarkan ketika kerancakan Hari Gig Kebangsaan (HGK) pada 11 April. Tidak perlu tulis panjang, mari telusuri intipati artikel ini.

Baiklah, Jetcetera menjadi band pembuka tirai untuk gig Mimpi Basah. Mereka menyanyikan lagu Hear Me Out, Damn Johny, Tickets dan banyak lagi.

Info tambahan: lagu Tickets ni mengisahkan seseorang yang mempunyai nilai sentimental dalam bercinta. Maksudnya, kalau anda pergi dating tengok wayang, pergi gig atau konsert, anda akan cenderung untuk menyimpan semua tiket-tiket itu sebagai kenangan.

Selepas itu, TimeMachine pula yang menggantikan Jetcetera. Rasanya tak perlu cakap banyak la kerana mereka ni memang perform gila babi setiap konsert. Walaupun mereka all out nak mampos, tapi penulis boleh lihat penonton hanya duduk kaku saja.

Penulis hanya melihat dua orang yang berdiri dan menari macam orang gila sambil melayan persembahan TimeMachine. Namun, bila mereka perform lagu My Happy Ending dari Avril Lavigne nampak la penonton riot sikit-sikit.

Dua orang die-hard fans Time Machine.

Selain itu, TimeMachine mengumumkan anniversary penubuhan band mereka untuk 3 tahun. Sebagai meraikannya, mereka membuka pra-pesanan T-Shirt Time Machine dan sesiapa berminat untuk membelinya, boleh checkout media sosial mereka.

Kita sambung semula dengan ulasan gig. Akhir sekali, Couple naik ke pentas untuk menutup tirai gig Mimpi Basah. Ini pun sama, tak payah cakap banyaklah kerana mereka memang all out.

Bayangkan, lagu Now That I Can See, Tentang Kita dan Lagu Cinta Untukmu dimainkan secara berterusan tanpa henti. Penulis pun boleh nampak penonton semua memang berikan energy yang memeriahkan lagi gig Mimpi Basah ni.

Punyalah gian penonton pada waktu itu, mereka minta satu lagi lagu selepas tamat gig. Tanpa fikir panjang, Couple memainkan lagu Hey Now — salah satu lagu dari playlist KAMI.

Sebagai rumusan, semua band memang perform la sebelum setan kena rantai. Jadi, buat masa sekarang kita cuti sebulan dari gig untuk beri laluan kepada kita semua mengerjakan ibadah puasa dan see you guys after puasa!

Koleksi foto gig:

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅