Mortal yang berasal dari Kuala Lumpur merupakan seorang figura yang mempunyai jiwa seni yang besar. Memegang prinsip “Kegagalan paling teruk adalah bila kau tak cuba,” menunjukkan belang beliau dalam arena Rap Malaysia dengan penjenamaan semula dirinya sebagai Mortal yang dulu dikenali sebagai Mohsein.
Baru-baru ini, beliau telah melancarkan sebuah lagu berjudul Masterclass yang turut didatangi dengan video muzik rasmi (MV). Proses penggambaran dilakukan di Kuala Lumpur dan diarah sepenuhnya oleh Zulakid Aizat selaku Pengarah Silent Set Entertainment. Penulis dimaklumkan idea MV ini asalnya datang daripada Mortal sendiri dan diselaraskan oleh The Director.
Lagu berbahasa Inggeris berdurasi 2 minit 7 saat ini telah mencapai 5.5 ribu jumlah tontonan di YouTube Silent Set Entertainment. Stail yang unik berjaya dibawa masuk ke Malaysia, Masterclass adalah daripada minda anak muda yang dipandang rendah dan tidak pernah berhenti menaiktaraf dirinya. Belajar dan berkongsi tanpa sebarang keraguan. Tidak pernah merendahkan sesiapa tetapi meninggikan diri dengan bakat dan kelas serta gayanya sendiri.
Mortal membuktikan tiada apa yang membezakan penyanyi rap Melayu dan bukan Melayu dengan gaya rapnya dan tenaganya yang kuat pada sebutan barnya. Tenaga yang dibawa oleh Mortal boleh mempengaruhi minda anak-anak muda dan mengembalikan semangat besar untuk mereka yang sentiasa menuntut tanpa memandang rendah potensi mereka.
Penulis juga sempat bertanyakan beberapa perkara kepada Mortal. Ikuti sesi di bawah:
MAMY: Bagaimana Mortal mendapatkan inspirasi dan motivasi dalam penulisan lagu?
MORTAL: Saya dapat inspirasi daripada tengok movie, dengar lagu dan baca buku. Real life experience juga motivate saya. Contohnya kisah hidup/ harian saya atau orang-orang di sekeliling saya. Jadi saya banyak jumpa orang dan setiap orang ada cerita yang berbeza.
MAMY: Selain daripada rilisan single di bawah Silent Set Entertainment, adakah Mortal bercadang untuk melancarkan EP atau album di masa hadapan?
MORTAL: Saya sekarang ni dalam proses pembikinan EP, yang akan dirilis pada tahun hadapan jika tiada kesulitan. Album mungkin ada juga, kita tengok proses dia lancar atau tak tahun depan.
MAMY: Penulis sedia maklum bahawa Mortal juga merupakan seorang Barista di sebuah kafe. Bagaimana cara Mortal membahagikan masa untuk karier dan minat dalam bidang seni?
MORTAL: Barista pada waktu siang, producer/penulis lirik di waktu malam. Haa, malam je saya akan duduk depan komputer cuba hasilkan sesuatu setiap hari. Walaupun satu line lirik, atau 4bar beat. Macam mana pun saya akan cuba buat sebab risau kalau asyik tinggal nanti makin lama makin tak buat dah. Haa ghisauu…
Semoga Mortal terus mengeluarkan produk-produk yang seronok untuk halwa telinga penulis dan semua selepas ini dan semoga proses pembikinan EP juga berjalan dengan lancar. InsyaAllah.
Boleh hubungi Silent Set Entertainment untuk sebarang pertanyaan dan panggilan ke majlis sekiranya memerlukan perkhidmatan Mortal.
Ikuti Mortal di: