Sempena sambutan ulangtahun ke 20, Muse umum Origin of Symmetry yang diadun semula (remix) dan di master kembali, dengan tajuk baharu Origin of Symmetry: XX Anniversary RemiXX.
Dengan kolaborasi bersama Rich Costey, Origin of Symmetry: XX Anniversary RemiXX menampilkan semua lagu diadun kembali dari pita asal yang lebih ‘terbuka, dinamik dan kurang bunyi teruk’ berbanding album asal.
Adunan baharu ini juga akan menekankan bahagian-bahagian tertentu lagu asal yang ‘terkubur’ atau disenyapkan pada asalnya, seperti bahagian string dalam lagu Space Dementia, Citizen Erased dan Megalomania, dan bunyi harpsichord (sejenis piano) dalam lagu Micro Cuts.
Muse juga berkata, kulit album Origin of Symmetry: XX Anniversary RemiXX turut menampilkan pembaharuan, versi yang lebih moden dari kulit album asal (seperti gambar yang ditampilkan), yang telah dilukis oleh Sujin Kim.
Mereka umumkan berita ini pada semalam, dan mereka juga telah lancarkan Citizen Erased versi adunan semula sebagai single promosi. Album ini akan dikeluarkan pada 18 Jun 2021 secara digital, dan dalam bentuk piring hitam pada 9 Julai nanti.
Kalian sudah dengar Citizen Erased versi adunan semula? Dengarkan dibawah.
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #Muse #OriginOfSymmetry #AnniversaryEdition #Remix #20thAnniversary