Nirvana Keluar Lagu Baharu Hasil Kecerdasan Buatan

oleh Rahmat Mohd Did
2.4K bacaan

Cuba bayangkan, apa akan jadi bila 30 buah lagu Nirvana dicampak ke dalam kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan sebuah lagu baharu? Hasilnya, Drowned in the Sun, sebuah jelmaan kebangkitan semula Kurt Cobain dan Nirvana dalam sebuah projek yang diberi nama Lost Tapes of the 27 Club oleh Over the Bridge.

Lagu tersebut dilancarkan pada 5 April 2021 bersempena ulangtahun ke-27 kematian Kurt Cobain yang juga salah seorang dari ahli kelab 27. Menarik betul pemilihan tarikh ni.

Menggunakan perisian Google AI Magenta, Drowned in the Sun dihasilkan sepenuhnya dengan kecerdasan buatan. Daripada kesemua 30 lagu Nirvana yang disediakan tadi, ia menganalisa melodi vokal, perubahan kord, riff gitar, solo, paten dram dan lirik kemudian menghasilkan sebuah lagu baharu dengan stail sama.

Selain Nirvana, Lost Tape of the 27 Club turut menghasilkan lagu-lagu lain daripada artis-artis popular yang mati di usia 27 tahun seperti Jimi Hendrix, Jim Morrison dan Amy Winehouse.

Dalam kes Drowned in the Sun, Over the Bridge menggunakan khidmat Eric Hogan, vokalis band tribute Nirvana untuk menyanyikan semula lagu yang ditulis oleh AI ini. Menurut salah seorang pengarah Over the Bridge, Sean O’Connor kepada Rolling Stone:

“Dari segi muzik, memang dengarlah macam Nirvana. Tapi bila masuk je vokal, dah macam band knock-off Nirvana lewat 90an yang kau selalu dengar kat radio tu. Hogan sendiri tak tahu nak menyanyi macam mana lagu tu. Dia dengar balik trek AI tu, cuba bayangkan apa yang Kurt Cobain akan buat dan barulah jadi.

Kau mesti pernah dengar lagu terakhir Nirvana, You Know You’re Right, kan? Lagu ni adalah sikit-sikit vibe tu. Kurt pun masa tu main belasah je nak tulis apa dia suka. Aku sendiri boleh dengar macam-macam elemen dalam tu. Ada vibe In Utero sikit, Nevermind sikit. Bolehlah faham sikit-sikit apa yang AI tu cuba buat.”

Kepada yang dah dengar, apa pendapat anda? Bagi penulis sendiri, muzik dah okay, cuma vokal je kurang. Hmmm.

Rujukan: Metal Injection

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅