‘NADDI Kek Mano’ Perkasa Penjenamaan Semula NADDI

oleh Rahmat Mohd Did
2.3K bacaan

Di ketika kebanyakkan artis kekal menggunakan nama profesional sepanjang penglibatan karier, ada juga yang memilih untuk menukar nama pentas. Misalnya Puff Diddy ke P. Diddy dan kini hanya Diddy, Jennifer Lopez pula kepada J. Lo, malah Snoop Dogg juga menukarkan nama beliau kepada Snoop Lion. Dengan langkah ini, pastinya ini merupakan satu pertukaran stailistik dalam menempa nama di dalam dunia industri muzik. Sebelum ini, NADDI menggunakan nama sejak kelahirannya iaitu Nadhira pada 10 tahun lepas yang terkenal dengan lagu-lagu hits seperti ‘Tear Us Apart‘, ‘Hold Me Down‘, ‘You Are The One‘ & ‘Do It Again‘. Manakala antara lagu-lagu beliau yang telah dikeluarkan pada dua tahun lepas antaranya berjudul ‘Kau Selalu Ada‘ dan juga ‘Tonight‘.

Pada tahun 2021 ini, NADDI memulakan pengenalan semula dengan mengeluarkan lagu berjudul ‘LOWKEY‘, sebuah lagu bergenre downtempo trap-soul hasil kerjasama dengan SXPH, seorang produser/rapper. Sebelum ini, hasil kerjasama dalam lagu berjudul ‘Hold Me Down‘, mereka telah berjaya menarik minat salah satu label muzik besar di Malaysia. Di samping itu, bagi memperkasakan lagi pengenalan semulanya, kali ini NADDI menerapkan sedikit sentuhan dari budaya Minangkabau dan memilih tajuk lagu ‘NADDI KEK MANO?‘ memandangkan dia sendiri berasal dari Negeri Sembilan. 

Kerjasama diantara NADDI dan StateNine Entertainment telah menghasilkan sebuah lagu yang ada menggunakan sedikit dialek ‘nogori’, sebagaimana dia kembali mendalami asal-usul dan budaya Minangkabau sebagai anak Negeri Sembilan. ‘NADDI KEK MANO?‘ bukan bercakap soal kek, tetapi ianya bermaksud ‘NADDI DI MANA?’ dalam dialek Negeri Sembilan. Petikan bass yang berat, melodi piano yang enak, triplet hi-hat & alunan suara R&B yang enak merupakan campuran yang hebat dalam melahirkan sebuah lagu yang terbaik.

Lagu ini juga menggunakan campuran antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi menarik banyak lapisan pendengar di masa kini,” tambahnya.

NADDI juga menerangkan bahawa lagu ini berkisah tentang kehidupan yang sukar untuk dikawal. “Akan sentiasa ada orang yang menyayangi dan membenci kita tanpa sebab. Sudah menjadi lumrah kehidupan, ramai yang suka menghukum tanpa soal selidik untuk mengetahui kisah sebenar. Pemikiran kita seringkali dipengaruhi cuma dari apa yang kita lihat, bukan dari apa yang kita benar tahu. Lebih-lebih lagi apabila di media sosial. Hanya orang yang cukup tabah akan kuat menghadapinya bila masa kita telah diselubungi dengan perasaan itu. Lagu ini merupakan respon dari rasa dan perasaan yang telah dilalui. Secara mudahnya, lagu ini tentang jangan mengambil kisah tentang apa yang orang kata pada kita, kita terus saja buat apa yang kita minat”, ujarnya.

Musik video ini menampilkan NADDI memperagakan beberapa jenis baju kebaya traditional hasil air tangan Asian Atelier. Terdapat beberapa shot menarik didalam muzik video ‘NADDI KEK MANO?’ seperti shot di studio, dalam kereta dan paling menarik sekali shot NADDI keluar dari helikopter. Itu merupakan sesuatu kelainan yang telah diberikan dalam muzik videonya. Pada awalnya, muzik video ini adalah visual representasi siapa sebenar NADDI, seseorang yang sentiasa bekerja keras demi mencapai cita-cita dan impiannya. Banyak lagi yang karya yang NADDI akan sajikan dimasa akan datang. ‘NADDI KEK MANO?’ hanyalah titik permulaan kelahiran semula dari Nadhira. Kemungkinan juga akan ada EP dari NADDI. Sama-sama kita nantikannya. 

Teks disediakan oleh Darren Teh

Ikuti NADDI di:

Instagram

Laman web

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅