Penulis: Anome
Hari ini merupakan ulang tahun ke-201 tragedi Nantucket Sleighride yang memberi inspirasi kepada single dan album daripada sebuah kugiran Hard Rock Amerika, Mountain.
Nantucket Sleighride merupakan sebuah single Mountains berdasarkan kisah benar tentang seekor paus yang menenggelamkan sebuah kapal pemburu paus bernama The Essex di Massachusetts. Nantucket Massachusetts merupakan sebuah tempat tumpuan bagi industri memburu paus pada suatu ketika dahulu.
Nantucket Sleighride merujuk kepada situasi di mana kapal pemburu paus diseret oleh paus yang ditembak dengan tempuling (harpoon) yang diikat tali ke kapal. Terma ini diambil berdasarkan tempat peristiwa yang terjadi ketika sebuah kapal pemburu paus yang diseret oleh seekor paus sperma pada 20 November 1820.
Album Nantucket Sleighride merupakan album studio kedua Mountain yang dilancarkan pada Januari 1971, hadir dengan 10 trek berdurasi 35 minit 12 saat. Menurut kugiran Mountain, album ini merupakan dedikasi kepada Owen Coffins, salah seorang mangsa tragedi Nantucket Sleighride.
Mengikut rekod Essex yang diceritakan oleh Owen Chase, salah seorang daripada kru yang terselamat dalam tragedi tersebut, Kapal Essex dihentam dua kali dan ditenggelamkan oleh seekor paus sperma setelah ditembak oleh tempuling. Kru-kru kapal tersebut kemudiannya terdampar di sebuah pulau tak berpenghuni yang bernama Pulau Henderson.
Pada mulanya, mayat-mayat anak kapal dikebumikan di laut mengikut adat kelasi tetapi kemudiannya anak-anak kapal Essex yang terselamat mulai kehabisan makanan. Anak-anak kapal mulai dihantui oleh perasaan bersalah terhadap anak kapal yang tidak terselamat sebelumnya, lalu bertukar menjadi kanibal dan cuba membunuh antara satu sama lain bagi meneruskan hidup.
Akibat ketakutan terhadap cubaan membunuh antara satu sama lain, mereka kemudiannya melakukan undian bagi memilih korban bagi mengelakkan pembunuhan yang tak perlu. Anak-anak kapal melakukan undian, dan Owen Coffins yang merupakan anak saudara kapten kapal telah terpilih.
Kapten kapal Essex, Kapten Pollard menawarkan dirinya sendiri bagi menggantikan Owen Coffins, namun Owen Coffins bertegas bahawa itu merupakan haknya untuk mati. Peristiwa ini kemudiannya menjadi salah satu legenda laut yang terkenal.
Peristiwa Nantucket Sleighride ini juga kemudiannya menjadi inspirasi bagi salah satu karya terkenal dunia Moby Dick oleh Herman Melville yang mana juga merupakan inspirasi bagi trek instrumental oleh Led Zeppelin.