NeoGendang 5 Sessions – Cabaran Cipta 5 Lagu Dalam Masa 5 hari Oleh Edrie Hashim

oleh Rahmat Mohd Did
2.3K bacaan

NeoGendang 5 Sessions merupakan projek gitaris dan komposer terkenal, Edrie Hashim yang dibuat bersama kumpulan  muzik baharu dan berbakat dan akan dipilih sendiri oleh beliau.

Konsep projek ini akan mengabungkan mereka dalam satu studio rakaman selama lima hari untuk menghasilkan lima buah lagu-lagu segar dan terkini.

Ia merupakan satu konsep baharu yang dibuat dalam usaha mengembangkan bakat  pemuzik gabungan untuk menghasilkan lagu yang berkualiti dan projek ini ia akan  bermula pada 7 hingga 11 Februari ini. 

Pelaksanaan konsep ini menggunakan platform YouTube dan peminat industri muzik  tanah air akan dapat menyaksikan perjalanan dan pembikinan konsep ini dengan lebih  dekat, selain akan lebih memahami selok belok dunia muzik secara am.

Kali ini Edrie Hashim memilih kumpulan Bunyi FX dengan konsep lebih segar  bagi menghasilkan muzik gabungan pelbagai genre.

Konsep ini bersesuaian dengan suasana yang lebih mencabar kini yang telah beralih arah ke dunia digital.

Pembikinan projek ini adalah salah satu usaha dan cara pemikiran di luar kotak yang dilakukan dalam mencungkil bakat-bakat terpendam artis yang bergabung bersama  Edrie Hashim. 

Melalui konsep ini juga Edrie Hashim dan Bunyi FX akan menghasilkan 100 peratus  lagu baharu tanpa dibantu mana-mana pihak dan penghasilan lagu itu akan hanya  dilaksanakan sepenuhnya di studio rakaman.

Selama lima hari mereka akan bergabung dan berkampung di studio untuk  menghasilkan lima buah lagu melalui gabungan pemuzik berpengalaman dan baharu.

Adakah mereka akan berjaya dengan konsep ini? Jadi jangan lupa saksikan gabungan  Edrie Hashim dan Bunyi FX nanti.

Aktiviti mereka boleh disaksikan melalui saluran Youtube EDRIE TV dan juga  jangan lupa ikuti Facebook rasmi dan instagram NEOGENDANG RECORDS.

Ikuti Edrie Hashim di:

YouTube

Instagram

Facebook

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅