Roger Waters lancarkan album keempat beliau, Is This the Life We Really Want? hari ini, 4 tahun lalu. Dihasikan oleh Nogel Godrich (Produser Radiohead), yang menggesa Waters untuk membuat album yang lebih ringkas dan kurangkan konsep teater. Bagaimana keterlibatan Nigel dengan Waters?
Nigel mula berjumpa Waters ketika beliau ditugaskan untuk hasilkan (produs) album langsung (live album) Waters, Roger Waters: The Wall pada tahun 2015. Nigel, seorang peminat Waters ketika beliau bersama Pink Floyd, berkata secara jujur bahawa album solo Waters adalah unlistenable. Tetapi selepas Nigel mendengar demo Déjà Vu, Nigel yakin mereka boleh bekerjasama.
Is This the Life We Really Want? merupakan album pertama sejak kali terakhir pada tahun 1992, Amused to Death dan album berkonsep opera, Ça Ira, yang dikeluarkan pada 2005.
Is This the Life We Really Want? merupakan sebuah album konsep (Ya, Pink Floyd dan David Gilmour gemarkan album konsep) yang seperti drama radio mengenai seorang lelaku dan cucunya yang menyiasat mengapa kanak-kanak dibunuh di sisi lain dunia.
“Sedikit bahagian menikmati, sedikit bahagian politik, sedikit bahagian penderitaan,” dan menampilkan banyak lagu dalam album ini. Nigel menukar sedikit hala tuju album ini, yang asalnya Waters bercadang untuk hasilkan idea asal, tetapi boleh digunakan dimasa akan datang.
Is This the Life We Really Want? berjaya menduduki tangga ketiga carta di UK dan ke-11 di US selama empat minggu. Berjaya menghasilkan empat singles: Smells the Roses, Déjà Vu, The Last Refugee dan Wait For Her.
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #RogerWaters #IsThisTheLifeWeReallyWant