Meniti Hari-Hari Indah Bersama The Fridays

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.3K bacaan

Setelah enam tahun menanti, akhirnya The Fridays membuka pra-pesan untuk album kedua mereka yang bakal keluar tidak lama lagi iaitu No One Realizes This Is Nowhere. Dalam masa sama, mereka turut melancarkan single pertama iaitu Constellation pada 31 Mei 2021 di saluran YouTube acapsucks.

Menerusi Constellation, tidak disangkal lagi The Fridays semakin matang dalam penulisan lagu bukan sahaja dari sudut muzik yang menghasilkan bunyian alternative pop, namun lirik mereka juga sangat puitis dan membekas. Tidak seperti album sebelum ini iaitu Verklempt, permainan instrumen kesemua mereka juga nyata menarik perhatian dari sudut bunyi yang lebih kasar, besar, segar dan semestinya ketat. Tidak dilupakan juga penyampaian vokal Acap yang lebih mantap dan berjaya menambat hati penulis. Secara kesimpulan, penulis boleh rungkaikan Constellation hanya dalam satu perkataan iaitu Power!

Menurut maklumat yang penulis terima, pra-pesan album No One Realizes This Is Nowhere kini sedang laku keras seperti pisang goreng panas. Menurut Acap (vokalis), album ini hanya dicetak sebanyak 150 salinan sahaja dan pembeli akan mendapat pelekat edisi terhad jika melakukan pesanan awal. Jangan gusar jika tidak sempat, album ini juga bakal berlabuh di beberapa kedai muzik di Malaysia. Untuk kalian, jangan lepaskan peluang untuk membeli album ini kerana ia dijamin memberi kepuasan kepada setiap pendengar muzik yang dahagakan produk berkualiti anak watan. Jika hidup kalian muram dan suram, jangan risau kerana The Fridays kini hadir membawa ‘vaksin’ yang mapan.

Pautan pra-pesan : https://swag.pre-order.my/thefridays/nortin

Penulis diberi peluang untuk menyertai pra-dengar album terbaru mereka dan penulis sangat berpuas hati bukan sahaja dari sudut kualiti, malah dari sudut mesej yang mereka bawakan. Melihat ke sudut lirik, boleh tahan jahat. Macam-macam disumbatnya dan setiap lagu mereka digarap dengan sempurna. Jarang sekali kita melihat sebuah band yang mampu meletakkan pelbagai elemen seperti math-rock dan pop dalam garis yang sama. The Fridays adalah sebuah band pop alternatif yang unik dan mungkin yang terbaik di Malaysia ketika ini. Penulis juga berpendapat album ini bakal menjadi produk malar segar dan relevan untuk 10 ke 20 tahun akan datang.

Jika dilihat rekaan kulit albumnya, seperti ada ugutan halus untuk material mereka yang akan datang ini sekaligus mengingatkan penulis kepada The Riddler dari filem Batman. Ini merupakan jawapan dari Acap:

Cover art album ni colorful and whimsical sebab kita nak uplift mood dalam keadaan dunia yang tengah tak menantu sekarang ni. Colorful also means pelbagai benda yang kitorang as a band lalui untuk keluarkan album ni: the breakdown of personal relationships, pertukaran lineup, bini beranak, kesukaran mencari sound bila beli guitar/fx pedal baru.. Semua benda yang kitorang laluilah sepanjang 2 tahun proses nak siapkan bendalah ni. Logo apa tu? Hehe orang kita kan suka mengkaji.

Penulis juga tertanya-tanya mengapa mereka suka peram lagu dari tahun 2015 dan baru sekarang ingin keluarkan. Sepatutnya mereka ini telah menempah nama di luar Malaysia dan mampu menyertai festival di luar negara? Inilah jawapan dari beliau:

Lagu ialah benda hidup. Dia akan eventually sampai ke final form dia di mana dalam final form dia ni dia dah sedap. Dah cukup. Makin lama kitorang main lagu ni makin banyak benda yang kitorang boleh fix. Boleh add to it so that it becomes a better version of itself. Sampai satu tahap semua penambahbaikan dan tambahan ni akan membawa lagu ni ke titik matang dia. Titik matang ni yang kita nak capture on record. Sebab tu kitorang kadang main lagu tu sampai 4 tahun, tau tau masa record dia dah significantly lain. Ada intro baru ke, ada part baru added ke, solo lain ke. Semua sebab nak capture the song on record pada titik kematangan dia yang paling optimum.

Sungguh memberansangkan jawapan dari Acap. KORANG JANGAN LUPA BELI ALBUM DIA NI SEBELUM KENA REMBAT DENGAN ORANG LAIN!!!

Tahniah buat The Fridays atas pelancaran album ini. Diharapkan album kalian habis terjual dan mampu menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan. Adios!

Ikuti The Fridays di:

Facebook

Twitter

Instagram

Bandcamp

#EkhwanFuentes

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅