Rayuan Mafidz Buat Yang Terkesan Dengan Pandemik

oleh Rahmat Mohd Did
2.7K bacaan

Selepas lebih setahun, perjuangan menentang pandemik Covid-19 masih belum berakhir dan kita kini dalam fasa hampir kehilangan hala tuju akibat gelombang yang berulang-ulang. Namun, setiap titisan ‘hujan’ ini pasti akan terhenti juga akhirnya jika kita terus kuat dan positif mendepani setiap ujianNya.

Mafidz mengambil langkah tepat memproklamasi sebuah puisi tulisan Umila Rahman berjudul Hujan Pasti Berhenti ke dalam bentuk lagu yang menenangkan, memberi harapan kepada jutaan umat agar terus berdoa dan tabah menghadapi saat-saat mencabar ini.

Hujan pasti berhenti, begitu juga wabak Covid-19 dan kegelisahan yang melanda kita semua. Semoga lagu ini dapat menenangkan seketika jiwa yang resah, gusar dan gundah.

Lagu terbitan Hayat Kreatif Studio ini dirakam oleh Mafidz di Resonant Pribadi Studio dan mendapat bantuan Zaiff Sharqil di bahagian violin. Proses adunan dan mastering dilaksanakan oleh Megat Fazly.

Terima kasih Mafidz, Umila Rahman dan semua yang terlibat dengan pembikinan lagu ini. Semoga setiap bait dalam puisi ini menjadi asbab kekuatan kita meniti hari-hari mendatang dengan lebih gagah!

Ikuti Mafidz di:

Instagram

Twitter

YouTube

Ikuti Hayat kreatif Studio di:

Instagram

Twitter

YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅