Obscured By Clouds: Album Underrated Pink Floyd

oleh Azam Gilmour
976 bacaan

Sehingga 1972, Pink Floyd sudah merakam album runutbunyi The Committee (1968) dan More (1969), dan beberapa lagu untuk filem Zabriskie Point (1970).

Selepas kejayaan More, pengarah filem Barbet Schroeder, mahu Pink Floyd merakam runutbunyi untuk filem seterusnya. Filem baru itu adalah La Vallée, kisah tentang dua remaja mencari ketenangan di New Guinea, dan Schroeder berpendapat, Pink Floyd sesuai untuk membuat runutbunyi filem itu.

Ketika itu, Pink Floyd dalam proses rakaman album The Dark Side of the Moon, termasuk beberapa lagu rakaman secara langsung (live), mereka mengambil masa rehat dua kali untuk fokus kepada album runutbunyi ini.

Seperti yang telah mereka lakukan untuk More, mereka melihat potongan kasar (rough cut) filem itu dahulu dan mencatat masa dengan stopwatch. Dari situ, mereka mencipta sejumlah potongan lagu yang mereka rasa boleh fade in di mana-mana scene filem.

Mereka juga tak perlu risau untuk menyiapkan lagu penuh, asalkan lagu-lagu itu sesuai dimasukkan ke dalam filem. Tanpa perlu solo gitar dan tidak terlalu tertekan untuk menghasilkan material yang gah, sebaliknya menciptanya dengan well-structured.

Nick Mason berkongsi, mereka sangat terkejar-kejar menyiapkan album ini, dan hanya menghabiskan masa dalam studio di Paris. Album runutbunyi itu berjudul Obscured by Clouds, dihasilkan untuk filem La Vallée, dan merupakan album studio ketujuh Pink Floyd yang dilancarkan hari ini pada 1972.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #PinkFloyd #ObscuredByClouds

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅