Sebuah festival muzik fusion iaitu ‘Gema Pekik Palu’ bakal berlangsung di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dari 8-9 Februari 2025.
Ianya merupakan sebuah apresiasi terhadap muzik moden dan tradisional tempatan yang dianjurkan oleh Stereo Pixels dan disokong oleh Yayasan Hasanah.
Terdapat 2 konsert utama yang bakal diadakan semasa festival Gema Pekik Palu:
- Malam Fusion Tradisi – sebuah persembahan yang cukup unik, menonjolkan irama fusion tradisional dan juga moden, bakal berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC pada 8 Februari 2025 pukul 8 malam.
Noh Salleh akan menerajui persembahan pada malam ini lengkap dengan kumpulan pemuzik iringan dan sudah pasti akan mendendangkan lagu-lagu hits beliau antaranya Rahsia Tuhan & Angin Kencang.
Malam Fusion Tradisi ini juga akan menampilkan kumpulan muzik fusion Traditopia, kumpulan muzik tradisi 1963 dan gitaris akustik Az Samad.
Rina-Hime, Dekwa dan re-bloom juga akan turut serta membuat persembahan dengan menyampaikan beberapa buah lagu hits antarabangsa yang telah disulam baik dengan elemen muzik tradisional.
- Malam Fusion Distorsi – sebuah persembahan yang menampilkan kugiran muzik tempatan yang memperjuangkan elemen fusion tradisional di dalam karya muzik mereka, bakal berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC pada 9 Februari 2025 pukul 8 malam.
monoLoque yang dikenali dengan muzik fusion tempatan dengan bunyian moden akan menerajui persembahan bersama kumpulan muzik yang sedang meningkat naik, Fugo.
Sekumpulan Orang Gila (SOG), Dish & Viona yang sering bereksperimentasi dengan muzik mereka juga akan menghiburkan semua yang hadir pada Malam Fusion Tradisi ini nanti.
Selain daripada konsert, terdapat juga segmen Apresiasi Muzik Fusion yang merupakan sebuah segmen pelbagai aktiviti selama 2 hari untuk semua golongan umur yang meminati seni muzik tempatan dan segmen ini terbuka secara PERCUMA kepada semua golongan umur dari 10 pagi hingga ke 8 malam pada kedua-dua hari tersebut. Antara aktiviti yang bakal disediakan adalah Bengkel Muzik Tradisi, Pertandingan Bakat Tradisi, Bazaar Seni dan juga Persembahan Muzik Akustik oleh band independent tempatan.
Tiket untuk konsert, bermula pada harga RM80, kini sudah mula boleh dibeli di atas talian. Kesemua tiket adalah tiket kategori duduk (free seat) dan terhad kepada 300 tempat duduk pd setiap malam. Diskaun untuk tiket berdua dan berempat juga tersedia. Pembelian tiket boleh dilakukan di https://pekik.ubertickets.asia
INFO LANJUT:
Press Release (Softcopy/Photos): https://pekik.stereopixels.com/pr
Laman Web: https://pekik.stereopixels.com
FB/IG/TikTok: @pekikmy
Whatsapp: +6010 5570247