OXIDICIDE MENGGILA DENGAN THRASHOPILIA

oleh Rahmat Mohd Did
649 bacaan

Diterajui lima anak muda dari Kuala Lumpur, Oxidicide melepaskan album debut yang sangat agresif dan ‘kurang ajar.’

 

Padat dengan lirik caci maki, riff-riff menggigit, solo menggerunkan dan paluan dram yang bervariasi dari D-beat ke blast beat, kugiran crossover thrash metal ini benar-benar melampiaskan kemarahan mereka ke dalam wadah muzik dengan formula beraneka berkat pengaruh daripada band-band seperti Slayer, Anthrax, Municipal Waste, Toxic Holocaust dan D.R.I.

Selain memecut laju dengan trek-trek seperti “Kerajahannam,” “Hancoer,” “Pergi Mampus” dan “Psychometer 666,” Oxidicide juga sempat memberi penghormatan kepada filem-filem Melayu lama diiringi lirik sinis dan jenaka untuk trek “Mambang Mabuk Minum Brandi” dan “Gila Judi.” Ia secara tidak langsung memberi variasi kepada corak penulisan mereka.

Album yang diterbitkan oleh Goatlordth Records ini sebenarnya sudah membuktikan keupayaan Oxidicide dari segi teknikaliti. Setiap bahagian menjalankan peranan masing-masing dengan sangat baik namun ia tidak boleh dinisbahkan dengan kepuasan hati dan mengulang formula sama untuk material seterusnya. Oxidicide mempunyai tanggungjawab besar mengekalkan momentum ini ke atas pentas dan bereksperimen dengan bunyian lebih segar di masa hadapan.

Meskipun penulis sangat mencintai old school sound sebegini, adakalanya ia agak meletihkan telinga. Mungkin dari segi adunannya yang terlalu kering dan bunyi bass yang kurang ‘umph.’ Ia mungkin tidak sekering …And Justice for All, namun setelah diasak dengan muzik selaju ini untuk setiap trek, gegendang telinga mula berdesing seawal trek kelima. Ia bukanlah hal yang serius, tetapi weight dan warmness ini pasti boleh diperbaiki untuk karya-karya seterusnya.

Kepada yang mahu merasai kegilaan Thrashopilia, segera strim album penuh mereka di laman Bandcamp:

https://glord-records.bandcamp.com/album/gl-cd008-oxidicide-trashophilia

#Thunderstrike

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅