Pamungkas Tinggalkan Kenangan Manis di Kuala Lumpur

oleh Music Addicts Malaysia
703 bacaan

Kredit: Shiraz Projects.

Baru sahaja menjayakan konsert ulungnya di Arena Megastar pada bulan September tahun lepas, penyanyi hangat dari Indonesia, Pamungkas kembali ke Malaysia untuk konsert terbaharunya bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Mei 2023.

Shiraz Projects bertanggungjawab menganjurkan konsert tersebut sebagai sebahagian usaha promosi mereka untuk festival Nusa Fest yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kredit: Shiraz Projects.

Sebanyak 23 buah lagu telah dipersembahkan kepada 2,000 orang penonton yang menghadiri konsert pada malam itu termasuk lagu-lagu daripada album terkininya, Birdy.

Antara lagu-lagu kegemaran yang dinyanyikan bersama penonton termasuklah Flying Solo, Risalah Hati, Kemarin, Jealousy, Monolog, One Only, Kenangan Manis dan sudah semestinya To The Bone. Penyanyi bersuara gemersik dan berbakat besar tersebut turut membawakan sebuah lagu saduran daripada kumpulan Dewa iaitu Pupus.

Kredit: Shiraz Projects.

Walaupun telah dua kali membuat persembahan dalam jarak masa yang dekat, peminat-peminat yang hadir pada malam itu ternyata terhibur dan berpuas hati dengan persembahan padat dan memukau daripada pemuda kelahiran Jakarta tersebut dan pastinya menantikan kehdairan beliau buat kesekian kalinya selepas ini.

Tahniah diucapkan kepada Shiraz Projects dan terima kasih kerana sudi menjemput kami untuk menghadiri persembahan yang meninggalkan ‘kenangan manis’ ini. Semoga berjumpa lagi di lain masa.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅