Umur sekadar nombor sahaja bagi seorang lagenda ahli muzik UK dan bassist The Beatles yang bernama Paul McCartney kerana meluaskan horizon seni muziknya melalui pelancaran album McCartney III yang akan dilepaskan pada 11 Disember 2020.
Menurut Paul, pembikinan album ini dilaksanakan di Sussex, England bahkan apa yang lebih menarik, segala alunan alatan muzik serta penulisan lagu dilakukan sepenuhnya oleh usaha beliau sendiri.
“Saya telah menjalani kehidupan berkurung di ladang saya bersama keluarga dan saya akan pergi ke studio saya setiap hari.
“Saya akan melakukan sedikit kerja untuk beberapa muzik filem untuk lagu pembukaan (opening track). Selepas selesai, saya berfikir, “perkara apa yang harus saya lakukan selepas ini?” Saya mempunyai banyak kerja bertahun-tahun kadang tak siap atau separa siap. Oleh itu, saya mula memikirkan apa yang saya mahu. – kata Paul McCartney di Rolling Stone.
Paul sebenarnya sudah lama menciptakan ilham untuk membuat allbum ini iaitu sejak awal tahun lagi dan proses melakarkan corak muzik di kanvas putih tidak dilakukan secara gesa.
“Setiap hari saya mula merakam alunan bunyi alatan muzik dan menulis lagu kemudian, secara beransur-ansur saya gabungkan semuanya dan ia sangat menyeronokkan.
“Ini sebenarnya mengenai keinginan saya untuk membuat lagu dan tiada kaitan dengan kerja. Jadi, saya hanya melakukan perkara yang saya suka dan tidak sangka ia akan menjadi album.” – katanya lagi.
Alatan muzik yang unik juga menjadi penambah perisa dalam album antaranya mellotron yang selalu digunakan oleh The Beatles dalam membuat lagu serta double bass kepunyaan Bill Black (bassist Elvis Presley).
Penghasilan kulit album yang nampak menarik itu sebenarnya dibuat oleh pelukis Ed Ruscha dan anak perempuan Paul.
Boleh pra-simpan album di applikasi muzik dalam talian atau membeli format muzik fizikal dengan tekan pautan di bawah:
https://paulmccartney.lnk.to/McCartney3