Hari ini mencatatkan tarikh kematian buat John Lennon pada 8 Disember 1980 dan kematiannya amat memberikan kesan kepada penduduk jagatraya. Sebenarnya, ada sebab kenapa dia dibunuh oleh peminatnya sendiri.
John Lennon bersam a isterinya, Yoko Ono, telah pergi ke Hit Factory Recording Studio untuk sesi temu ramah bersama BBC dan ia merupakan temu ramah terakhir beliau sehingga BBC melabelkannya The Last Lennon Tapes.
Setibanya di perkarangan rumah, tiba-tiba muncul seseorang yang tidak dikenali dan telah melepaskan lima das tembakan ke arah John. Empat kelongsong peluru terkena pada badannya dan akhirnya dia rebah tak bermaya di atas jalan raya.
Selepas ditembak, suspek itu masih berada di kawasan kejadian sehingga dia ditangkap oleh pihak polis. John tidak sempat untuk meneruskan hidupnya kerana telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Roosevelt.
Semasa perbicaraan berlangsung, suspek yang bernama Mark David Chapman menyatakan tujuan dia membunuh John kerana cemburu dengan harta dan kekayaan bekas penyanyi dan pemain gitar The Beatles itu. Jelasnya lagi, hasrat dia untuk membunuh John kerana kenyataan kontroversi John semasa sidang media yang dihoskan oleh Maureen Cleave iaitu “The Beatles lebih hebat dari Tuhan.”
“Agama kristian akan hilang. Saya tidak perlu berdebat dengan perkara itu kerana saya betul. Kami lebih popular daripada Jesus sekarang. Saya tidak tahu yang mana akan menjadi yang utama samada rock ‘n’ roll atau agama Kristian.
“Jesus baik-baik saja tetapi orang-orangnya tiada keistimewaan. Mereka memusingkannya sehingga memesongkan saya.”
Menurut seorang wartawan, Tom Brook, dia telah melihat ramai orang berasa pelik dan curiga untuk melihat siapa dibunuh kemudian, tidak sampai beberapa jam dia mendengar berita kematian John dan semua orang di tempat kejadian menangis teresak-esak.
“Seluruh jalan dipenuhi dengan orang ramai, majoriti dari mereka yang teresak-esak, penonton yang ingin tahu, wartawan, dan ramai orang dalam keadaan terkejut.”
Baru-baru ini, Paul McCartney berkata dia tidak boleh menerima kenyataan yang John Lennon sudah mati dan pada masa yang sama, dia juga mengingati semula pemergian George Harrison akibat kanser paru-paru.
Semasa temu ramah bersama The New York Times Magazine, Paul berkata kematian John sangat susah nak diterima. Dia masih membayangkan kejadian yang menimpa John sehingga dia beremosi.
Paul berkata semasa temu ramah:
“Saya mengingatkan kembali senario kematian John di dalam kepala saya. Ia Sangat emosional sehingga saya tidak dapat memikirkannya. Apa yang dapat anda fikirkan selain kemarahan, kesedihan? Seperti penderitaan, satu-satunya jalan keluar adalah dengan mengingat betapa baiknya John. Kerana saya tidak dapat mengatasi perbuatan tidak masuk akal. Saya tidak dapat memikirkannya. Saya pasti ini adalah bentuk penolakan. Tetapi penolakan adalah satu-satunya cara untuk saya menghadapinya.”
Kematian John Lennon sangat meninggalkan kesan kepada peminat-peminatnya kerana semasa di tempat kejadian, ramai orang berpusu-pusu melihat apa yang telah berlaku dan menangis teresak-esak selepas mengetahui bahawa John telah ditembak mati.
Sebagai tanda penghormatan, orang ramai akan pergi ke Central Park dan menghiaskan bunga di lantai yang bertulis Imagine ketika hari jadi John Lennon. Mereka juga akan berkumpul dan menyanyikan lagu-lagu John sebagai tanda yang mereka masih rindu kepada dia.