Permintaan Rudeen Menerusi ‘Cuba Kamu’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.6K bacaan

Tahun 2021 penuh dengan kejutan apabila kerajaan mengisyhtiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia. Dan ini memberi sedikit kesan buat pemuzik untuk mencari rezeki.

Penulis mendoakan semoga kita kuat dalam menempuhi dugaan ini dan kali ini penulis diberi ‘lauk’ yang segar dan secara tidak sedar, penulis terlepas pandang terhadap beliau entah di mana silapnya. Maafkan saya penunggu gua.

Penulis mempersembahkan Rudeen yang telah melancarkan single terbaru beliau iaitu Cuba Kamu menampilkan B-Heart.

Kali ini penulis dihidangkan dengan sebuah kisah perhubungan yang rapuh serta tidak boleh diselamatkan lagi kerana hanya satu pihak yang melawan dalam kisah cinta ini. Tidak dinafikan produk terbaru dari Rudeen ini telah digarap dengan sangat baik. Susunan lagu yang mantap, guitar solo di penghujung lagu memberi klimaks yang jitu tepat pada sasarannya, lirik yang tembak tepat dan yang terakhir, penampilan khas B-Heart memberi impak yang sewajarnya pada lagu ini. Sebuah pilihan yang tepat dari Rudeen dalam penulisan lagu yang emosional dan penulis boleh katakan ini sebuah eksperimen yang berjaya untuk RnB Melayu di Malaysia.

Menurut Rudeen, beliau dalam usaha untuk menyiapkan beberapa buah lagu lagi untuk dimuatkan dalam EP yang akan datang dan Cuba Kamu merupakan salah satu darinya. Beliau juga dalam usaha untuk melakukan lebih banyak eksperimen dalam bunyian pada tahun ini.

Tahniah dan Syabas buat Rudeen atas pelancaran single ini. Kami mengharapkan lebih banyak rilisan dari anda dan semoga anda sukses di masa hadapan. Adios!!

Ikuti Rudeen, B-Heart dan Exactesy di

Rudeen
Instagram
Twitter

B-Heart
Instagram
Twitter

Exactesy
Instagram
Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅