The Beatles lancarkan album kesepuluh mereka, Yellow Submarine pada 13 Januari 1969, 52 tahun lalu. Album ini juga menjadi runutbunyi (soundtrack) filem animasi Yellow Submarine yang ditayangkan pada bulan Julai 1968 di London.
Projek ini dianggap sebagai kontrak wajib The Beatles, yang diminta untuk menyediakan empat lagu baru untuk filem ini. Beberapa lagu ditulis khas untuk album runutbunyi, sementara yang lain adalah lagu-lagu dari projek lain yang belum pernah dikeluarkan. Yellow Submarine telah dirakamkan sebelum The Beatles (White Album), dan dilancarkan selepas dua bulan The Beatles dikeluarkan.
Sebuah EP (Extended Play) yang mempunyai beberapa lagu baru yang dikatakan telah dipertimbangkan untuk keluar, dan telah di master tetapi sehingga hari ini tidak dilancarkan. Adunan versi Mono yang asal (tahun 1969) hanya dikeluarkan pada tahun 2009 sempena kompilasi Mono Masters. Yellow Submarine berjaya menduduki 5 tangga teratas di UK dan US. Satu versi lain Yellow Submarine Songtrack telah dikeluarkan sempena ulangtahun ke-30 filem itu pada tahun 1999.
Yellow Submarine menampilkan 6 lagu, dengan empat lagu yang belum pernah dikeluarkan, termasuk yang sudah dikeluarkan, Yellow Submarine dan All You Need Is Love. Selebihnya adalah rakaman semula lagu runut bunyi orkestra oleh produser The Beatles, George Martin.
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #TheBeatles #YellowSubmarine #AnniversaryAlbum #BritishInvasion