Pitahati Luncur Lagu Raya Pertama

oleh Rahmat Mohd Did
2.5K bacaan

Kumpulan rock psikedelik, Pitahati telah muncul dengan sebuah lagu sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Purnama Lebaran merupakan lagu raya mereka yang pertama dan telah dirakam pada tahun 2019, dan disiapkan pula di kala gelombang pertama pandemik COVID-19 pada tahun 2020.

Menurut Ilham, vokalis dan gitaris Pitahati, lagu ini adalah cubaan mereka untuk “Mengetengahkan erti sebenar Hari Raya di samping mendalami erti Hari Raya itu sendiri.”

“Perkara ini adalah sesuatu yang telah kian lama kian hilang dalam masyarakat Islam zaman sekarang, di mana kebanyakan orang hanya melihat Hari Raya itu sebagai sebuah perayaan dan bukan sebagai sesuatu yang melambangkan kemenangan insan dalam memerangi hawa nafsu dan sifat-sifat keduniaan.

Untuk menyampaikan mood dan jiwa yang terdapat pada lirik, Pitahati telah mengambil unsur-unsur lagu rakyat Melayu lama untuk menghadirkan perasaan nostalgia kepada pendengar, satu perasaan yang sering dialami orang apabila menyambut Hari Raya.

Purnama Lebaran sudahpun boleh didengari di semua platform streaming seperti Spotify dan Joox. Di samping itu, mereka juga mempunyai sebuah video lirik yang boleh dilayari di YouTube.

Dalam perkembangan lain, Pitahati juga bakal melancarkan sebuah kolaborasi dengan Ito, penyanyi kumpulan blues legenda Malaysia, Blues Gang. Kolaborasi ini akan disertai dengan sebuah MV, dan diharapkan akan rilis untuk didengari orang ramai selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, setelah lima tahun tanpa mengeluarkan album, mereka kini sedang dalam proses pembikinan yang baru dan dijangka akan rilis pada hujung tahun 2021 ini.

Lagu/Lirik : Pitahati

Jururakam : Akmar Soffian

Juruadun : Husyairi Hamzah

Juru Mastering : Steve Carrao

Susunan Strings : Rusli Anuar

Rekaan Sampul : Mohd Fairiz

Bahagian strings dimainkan oleh Kuartet UPSI ; Presley Louis, Alif

Ridhzuan, Aisamuddin Ali dan Tan Zi Ling.

Ikuti Pitahati di:

Facebook

Instagram

Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅