Stereogazer Melawan Macau Scam

oleh Rahmat Mohd Did
576 views

Setelah pertama kali memperkenalkan diri dengan single Aku Dalam Dilema pada November tahun lepas, Stereogazer kembali dengan buah tangan kedua berjudul Bayar Lepas yang baru sahaja menjengah saluran YouTube mereka pada 30 April 2021.

Menurut mereka, lirik lagu kali ini berkisar tentang Macau Scam.

“Kalau baca lirik, memang tepat pada mana-mana individu berkenaan. Lagu dicipta pada PKP tahun lepas, masa orang ramai kehilangan kerja dan pendapatan. Dia boleh pulak hidup dalam keadaan super mewah dengan hasil mencuri duit orang yang tak bersalah, dalam musim PKP pulak tu. Marah punya pasal maka terhasillah lagu ini.”

Kugiran yang dianggotai dua anak muda, A.Izzuddin sebagai penyanyi/ pemain gitar dan A.Paris selaku pemain dram ini juga menjelaskan bahawa konsep muzik kali ini agak berbeza berbanding single terdahulu di mana mereka merasakan ia lebih hampir kepada Lo-Fi Rock berbanding Grunge.

Ikuti Stereogazer di:

Facebook
Instagram
YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati