The Stone Roses: Band Yang Bertanggungjawab menaikkan Madchester Movement

oleh Azam Gilmour
1.1K bacaan

Ditubuhkan di Manchester, yang kemudian digelar Madchester Movement, The Stone Roses ditubuhkan pada 1983 dengan banyak single dikeluarkan dari pelbagai label.

Mereka merakam album sulung mereka bersama John Leckie, seorang produser yang pernah bekerja dengan Pink Floyd untuk album Meddle, 1971. Album terbaik ini dilakukan di Battery Studios di London, dengan beberapa sesi tambahan di Konk dan Rockfield Studios.

Album sulung mereka, The Stone Roses dilancarkan hari ini pada tahun 1989 melalui Silverstone Records. The Stone Roses bukanlah sebuah band yang cepat naik, tetapi mula dikenali dengan persembahan berprofil tinggi, dengan menaikkan nama mereka dalam scene Madchester dan budaya pemakaian baggy.

Album yang mendapat kritikan lewat ini diundi sebagai salah satu album terbaik dunia. Mendapat tempat ditangga ke-11 dalam All Time Top 1000 Albums oleh Colin Larkin (edisi ketiga) pada tahun 2000, dan terjual lebih 4 juta unit seluruh dunia.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #TheStoneRoses

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅