Genius Muzikal Gerhana Ska Cinta (GSC) dalam ‘Ali Baba Ska’

oleh Iscandarz
908 views

Jagoan ska negara, Gerhana Ska Cinta (GSC) telah mengeluarkan single terbaru dan video muzik rasmi ‘Ali Baba Ska’ menerusi YouTube. Mengadaptasi semula lagu klasik P. Ramlee dalam filem ‘Ali Baba Bujang Lapok’, GSC menonjolkan tahap muzikal mereka dan sebab mengapa mereka berada dalam kelas tersendiri berbanding aksi-aksi independen lain.

Di sebalik kemeriahan lagu, ternyata genius muzikal mereka terserlah dalam pengolahan semula Ali Baba ini, dari segi instrumentasi muzik dan vokal.

Antara yang menarik perhatian ialah bunyian ala oboe yang mengiringi lagu terutama bahagian versa dan korus. (Ia seperti elemen wobble dalam mana-mana set dubstep tetapi menghantui kita apabila didengar berulang kali)

Vokal Edy J Herwan pula sangat unik dalam Ali Baba Ska ini kerana menampilkan konsep gaya arabik, lengkap dengan hukum tajwid dan halaqahnya. Mendengar secara terperinci vokal Edy dalam lagu ini seolah-olah bacaan Quran yang jelas penyampaian tajwidnya! Rare.

Video ini juga menampilkan lakonan semula cerita asal Ali Baba versi P Ramlee seperti ketua penyamun menunggang basikal dan Kasim Baba, semuanya dilakonkan oleh ahli-ahli GSC sendiri,

Dalam satu temubual eksklusif bersama MAMY, Edy mengakui ‘Ali Baba Ska’ juga adalah satu satira terhadap suasana carca-merba yang berlaku di negara semasa ini terutama melibatkan isu sosial dan politik.

Ali Baba Ska boleh dianggap khazanah ska tempatan yang penting, apatah lagi melakar semula lagu klasik P. Ramlee pada era TikTok dan milenium ini adalah usaha yang sangat besar nilainya untuk mendedahkan kehebatan seniman-seniman agung tanahair yang telah pergi seperti P. Ramlee.

GSC menunjukkan bagaimana ia dilakukan secara pro dan P. Ramlee pasti tersenyum jika dapat mendengar karya moden yang berkualiti ini.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati