Rapper ikonik tanahair, Aman RA telah sama-sama memprotes kes kematian seorang tahanan polis dalam penjara, A Ganapathy.
Ganapathy merupakan seorang pemuda berketurunan India yang dikatakan mati dalam tahanan polis pada 18 April lepas akibat dipukul sehingga kakinya terpaksa dipotong di ICU Hospital Selayang. Perkara ini juga didedahkan ibu mendiang, Thanaletchumy yang sehingga kini masih tertanya-tanya tentang punca kematian anaknya itu.
Menggunakan tanda ‘Rakyat Lives Matter’ bersempena #BlackLivesMatter, Aman RA yang terkenal dengan lagu rap ‘Budak Flat’ dan ‘Bangun’ itu mengalunkan spoken words (puisi kata) yang merujuk kepada mendiang Ganapathy.
Menerusi puisi kata itu, Aman RA memetik dan berkongsi mesej tentang satu nyawa rakyat yang telah hilang dan masih tidak mendapat keadilan.:
“Somebody Man/ Friend/ bro/son/ dad/ spouse/ uncle/ cousin/ dear/ hope/ love/ else/ hopeless/ scared/ family/ somebody just went in”
iaitu di sebalik satu nyawa yang hilang, mereka mungkin ialah ‘seseorang’ kepada yang lain.
Isu kezaliman polis (police brutality) terhadap golongan minoriti dan tahanan banduan adalah sesuatu yang tidak asing lagi dan sering dibawa oleh artis-artis terkemuka seperti Rage Against The Machine (kes Mumia Abu Jamal), Tupac Shakur dan Beastie Boys. Semasa kes pembunuhan George Floyd yang mencetuskan gerakan Black Lives Matter, hampir kesemua artis besar Amerika tampil menyokong.
Dalam budaya skinhead dan Oi! punk sendiri, slogan All Cops Are Bastards juga sering menjadi antem rujukan dan antara isu utama sebahagian lagu-lagu mereka seperti kumpulan The Business dan Oi Polloi!.
Selain Aman RA, isu kes A Ganapathy ini turut dibawa oleh aktivis punk rock tempatan, Fahmi Reza. Manakala Aman RA yang sebelum ini terpalit sekejap dengan isu rumahtangga, dilihat bangkit dan terus mengalunkan spoken words berkaitan isu-isu semasa.
Ramai yang tetap menyokong dan berharap keluaran material-material terbaru yang lebih padu dan ganas daripada Aman RA.
#ChivasAlexandria