Poskad Luncur ‘Utusan’ Buat Para Pendengar

oleh Anome
1.7K bacaan

Kugiran indie rock yang berasal dari Batu Berendam, Melaka, Poskad telah mengumumkan pelancaran single debut mereka yang berjudul Utusan pada tanggal 7 Julai 2022 dengan jangka masa selama 3 minit 22 saat di hampir kesemua media penstriman seperti Spotify, Youtube, Apple Music, dan juga Joox.

Menurut Poskad, Utusan adalah sebuah trek yang mendefinisikan siapa Poskad yang sebenar dan juga pengaruh dalam penciptaan muzik mereka yang mengetengahkan sisi indie rock.

Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar utama mereka, Faiz. Menurut Faiz, trek ini mengisarkan tentang seseorang yang sudah berputus asa terhadap dugaan hidup yang kian hari kian mencabar. Bagaimana pun, hidup mesti diteruskan juga pada akhirnya.

Poskad telah ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Iwan (vokalis, gitar) dan juga Faiz. Setelah enam bulan penubuhan, Adan (gitar bass) dan Daus (dram) telah menyertai Poskad sebagai ahli tambahan. Perkenalan mereka berempat di acara dan gig telah menunjukkan keserasian yang mengukuhkan lagi jenama Poskad.

Bagaimanapun, wabak pandemik Covid-19 yang melanda melanda dunia telah membantutkan segala gerakan mereka. Kini setelah memasuki fasa endemik, dan para pemuzik serta penganjur tempatan kembali bergiat aktif, Poskad merasakan sekarang merupakan masa yang sesuai untuk menyiapkan karya sulung mereka dan bergerak maju membawa fokus terhadap minat mereka berempat. Maka, terciptalah Utusan, khas buat para pendengar semua.

Dengarkan Utusan di semua media penstriman rasmi Poskad dan ikuti perkembangan mereka di akaun media sosial rasmi Instagram Poskad.

Spotify

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅