Motherwit Gali Erti Kesunyian Dalam Single Terbaru

oleh Anome
1.4K bacaan

Pada tanggal 7 Julai 2022, kugiran dari Kuala Lumpur, Motherwit mengumumkan pelancaran video lirik single terbaru mereka, Sunyi dan telah dilancarkan di saluran Youtube rasmi mereka Motherwitnoise dengan jangka masa selama 4 minit 23  saat.

Kesunyian merupakan satu perasaan yang tidak asing dengan setiap individu. Kita mungkin bergembira dan bergelak ketawa bersama pasangan, keluarga, rakan-rakan serta masyarakat, namun jauh di lubuk hati paling dalam kita terdapat setompok kecil kesunyian yang kadang-kala membuatkan diri resah.

Kadangkala masyarakat keliru dengan erti sunyi dan beranggapan puncanya adalah disebabkan tiada peneman hidup atau kurang pergaulan dengan masyarakat. Hakikatnya, kesunyian tetap timbul atas pelbagai faktor seperti kerinduan terhadap orang yang jauh atau sudah tiada, masyarakat sekeliling yang berada di luar lingkungan frekuensi minda diri, serta pelbagai lagi.

Menurut Motherwit, Sunyi berbicara tentang perasaan bersendirian yang dilalui oleh seseorang. Dalam dunia yang dipenuhi dengan hampir 8 billion manusia, perasaan itu tidak mustahil akan hadir bersama perihal-perihal yang lain. Semoga lagu ini akan memenuhi ruang kesunyian anda dan terus berkongsi di serata dunia.

Penulis merasakan bahawa langkah Motherwit membawakan isu kesunyian merupakan satu tindakan bijak memandangkan isu ini tidak asing dalam diri setiap individu. Berapa ramai daripada kita yang bergembira menghabiskan bateri sosial diri lalu pulang ke rumah dengan hati yang kosong?

Satu baris ayat yang menarik minat penulis adalah “Hati aku bertanya, berapa lama kau berdusta dalam dunia?.” Kebanyakan dari kita pasti pernah bertanyakan soalan sama terhadap sebilangan individu dalam diri kita. Perasaan musykil dan resah yang timbul akibat trauma silam membuatkan kita sedikit berjaga-jaga dengan setiap individu yang muncul agar tidak mempercayai mereka seratus peratus.

Dengarkan Sunyi di saluran Youtube rasmi dan platform penstriman pilihan anda. Ikuti juga akaun media sosial rasmi Motherwit di Facebook, Twitter dan Instagram untuk informasi terkini mereka.

Facebook

Twitter

Instagram

Spotify

Youtube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅