Radiasi – Peringatan Mesra Dari Radikal

oleh Aniq Ammar Ekhwan
3.1K bacaan

Selepas single Evolusi dan Generasi (menampilkan Azlan The Typewriter), Radikal kembali dengan single ketiga iaitu Radiasi dan turut mengumumkan kolaborasi bersama SNIIKA iaitu sebuah jenama kasut tempatan.

Diberi mukadimah dengan sebuah sajak yang jarang sekali berlaku dalam lagu Melayu, ia seperti memberi abstrak tentang isi lagu ini. Pendengar kemudian dikejutkan dengan bunyi metalcore moden dan segar seperti Mangga Harum Manis dari Perlis Indera Kayangan. Paluan dram, gitar dan bass yang padu di setiap sudut dan semestinya breakdown yang memberi kesan mendalam. Tak sah metalcore jika tiada breakdown yang mampu membuatkan pendengar ingin bertumbuk dan Radikal dapat mempersembahkan lagu ini dengan baik. Dari segi kualiti pula, tidak disangkal lagi akan kehebatan saudara Ardy Hamdan dari NuBreax Studio telah memberi hasil bunyi yang gebu dan ketat di seluruh bahagian. Long Live Metalcore!

Jika kita lihat dari sudut lirik, penulis agak tertarik dengan cara Jai Zailani iaitu vokalis Radikal menulis lirik dengan penuh puitis dan sarat dengan isi yang membuatkan kita berfikir tentang apakah makna di sebaliknya. Penulis menggemari bait lirik ini iaitu:

Suara Sesat/ Penuh Mimpi/ Zaman di Zikir/ Cerita Tak Pasti/ Cerita Yang Pasti/ Cerita Yang Mati.

Penulis mendapatkan Jai untuk menceritakan serba sedikit tentang lagu ini. Jawabnya:

“Lagu ini berkenaan kerajaan lama iaitu Langkasuka. Aku tak nak sebut Melayu jadi aku cakap Langkasuka, sebab orang akan cop aku Nazi. Tapi aku ada research aku sendiri. Tajong diwujudkan untuk mengingati apa yg terjadi. Mengajak utk mencari perkara yang benar. Dan itulah RADIKAL dan kita kena ingat tentang perkara yang lepas, kenapa kerajaan hilang, kena ambil iktibar. Cukuplah kita mengingati dan tahu kisah sebenar.”

Menurut Jai juga, Tajong merupakan hulu keris hasil peninggalan Langkasuka. Keris dari Langkasuka dipanggil Keris Pekaka, hulu ada 4 jenis keris pekaka ni, bangsa agung raja lah pakai contoh Raja Pahang, Kelantan dan Kedah (mungkin). Tajong dan Coteng adalah utk rakyat biasa.

Bersempena dengan single Radiasi ini juga, Radikal telah membuat satu kolaborasi ekslusif bersama jenama kasut tempatan iaitu SNIIKA dan terhasillah sepasang kasut yang segak bergaya dengan ukiran emas yang menarik.

“Kolaborasi ni adalah bertujuan untuk membantu atas nama indie. Kedua produk Radikal dan SNIIKA merupakan produk indie Malaysia. Jadi dengan kerjasama ini kami setuju untuk membantu satu sama lain untuk maju ke hadapan. Siapa nak tolong kita kalau bukan kita.”

Fuhh, Panjang lebar penjelasan Jai ni. Dah boleh buat Forum Perdana.

Kalian boleh mendapatkan kasut ini di laman web SNIIKA dengan harga RM 190 termasuk penghantaran dan dikhabarkan mereka akan juga akan restock kasut ini tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki sepasang kasut yang kacak ini!

Tahniah buat Radikal dan SNIIKA atas kolaborasi Tajong. Semoga kalian terus maju ke hadapan seperti helang yang terbang tinggi. Dan penulis tidak sabar untuk menanti material seterusnya dari Radikal. Buat masa ini, mereka dikhabarkan akan melancarkan EP dalam masa terdekat dan juga berkolaborasi bersama produk lokal lain di masa akan datang. Sekian, Adios!

Ikuti Radikal di:

Facebook
Instagram

Twitter

Ikuti SNIIKA di:

Instagram
Website

#EkhwanFuentes

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅