Satwo Bakal Terbit Single Kedua – Foto-Foto Belakang Tabir

oleh Rahmat Mohd Did
1.6K bacaan

Pada bulan Ogos tahun lepas, duo folk rock/ psych pop Kuantan, Satwo melepaskan single pertama mereka, Untok Kita (Hanya Kita) dan ia mendapat ulasan yang sangat positif dari kami. Baca di bawah:

Baru-baru ini, Rafiz dan Mazlinna menghubungi penulis membawa berita mereka kini dalam proses menghasilkan video muzik (MV) untuk single kedua, Gelap yang dijangka terbit tidak lama lagi.

Mungkin ada yang pernah dengar versi live Gelap tahun 2019 ini:

“Gelap adalah lagu tentang seorang yang dihantui kisah silamnya dan ingin keluar mencari kehidupan yang baru dan lebih baik.

Di hujung lagu kita dapati beliau telahpun menemui cahaya yang berada di hujung terowong hidupnya.”

Untuk versi single ini, Rafiz berkata banyak elemen ditambah di studio kerana ruang kreativiti terbuka luas, namun bagi Mazlinna pula, beliau lebih sukakan versi asal. Penulis telah dengar versi akhirnya, dan ia sangat menyenangkan. Sonik dan psikedelik! Sebuah manifestasi artistik muzik moden dengan sentuhan ‘kementahan’ rakaman gaya lama yang tidak terlalu bersih menjadikan ia lebih insani. Jika anda sukakan produk-produk hasilan Luncai Emas Sdn Bhd, buah tangan terbaharu Satwo ini pasti akan menusuk ke jiwa.

Teaser Gelap:

Bagi proses rakaman MV, Satwo memilih Cameron Highlands sebagai destinasi selepas Kuantan sebelum ini dalam MV Untok Kita (Hanya Kita). Beberapa bahagian juga turut dirakam di Taman Melawati.

Foto-foto belakang tabir MV Gelap:

Gelap adalah single kedua Satwo daripada keseluruhan 10 buah lagu dalam album pertama mereka yang dijangka terbit hujung tahun ini.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅