ROY BUCHANAN: BAPA TELECASTER

oleh Music Addicts Malaysia
897 bacaan

Kau berani toreh amplifier gitar kau?

Digelar Father of Telecaster, nama Roy Buchanan tidak asing dalam dunia muzik blues. Memiliki 12 album sepanjang kariernya dari 1961 hingga 1987 dengan lagu-lagu hit seperti “The Messiah Wil Come Again,” “Sweet Dreams” dan sebagainya, Roy menempa nama dengan keunikan permainannya hingga tergolong dalam 50 gitaris blues terbaik sepanjang zaman.

Sebut sahaja gitaris pasti kita tercari-cari trademark mereka bukan? Ada yang nak tengok main effect bunyi macam gajah beranaklah, ada yang main laju macam jari kena kejar anjing atas fretboard-lah, ada yang main sekali mimik muka dah macam kena sebat dengan batang tebu kat belakanglah. Steve Vai? Eh, penulis tak cakap pasal dia pun. Sebab Roy Buchanan ni lagi rare.

Beranak kat negara hebat Amerika sana nun tahun 1939. Entah apa rupa muzik zaman tu agaknya. Umur 15 tahun Roy atau nama sebenarnya Leroy Buchanan dah start main muzik secara profesional. Dia dah main merata kelab dah. Siap tour kat Toronto, Canada lagi. Roy mula bermain dengan band sekitar tahun 1958 untuk rakaman single selain bertukar-tukar band sehinggalah penghujung 1960-an. Biasalah main muzik ada naik turun, tambah pula dah ada famili. Anak pun tahu-tahu je dah berderet. Yalah letih-letih balik dari show mesti nak bini urut sana sini sikit. Lenguh berdiri lama katanya. Tak sedar dah penuh satu rumah anak bising-bising “papa I want this, I want that.”

Pada penghujung tahun 1960 Roy ambik keputusan untuk tinggalkan sementara dunia muziknya dan beralih karier sebagai tukang gunting rambut atau budak sekarang panggil barber. Cuma penulis tak pastilah si Roy ni ada buat line ke tak kat rambut budak-budak hipster zaman tu. Sehinggalah Roy buat keputusan untuk bermain semula pada sekitar 1970-an bersama Danny Denver Band. Lama juga lah dia berehat dari industri, jadi barber mungkin masyuklah agaknya tu. Selepas itu Roy bermain secara solo dan dalam masa yang sama persembahan solo beliau mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana keunikan Roy dalam permainannya.

Kehebatan Roy ‘menggentel’ Fender Telecaster-nya itu membuatkan beliau tersenarai dalam 50 Greatest Tone of All Time dan Highly Influential Guitar Player dan turut diberi jolokan Father of Telecaster atau Pioneer of Telecaster Sound. Secara peribadi, bagi aku antara semua gitar yang berjenama Fender, model Telecaster inilah yang agak sukar untuk ‘dijinakkan.’ Bukan senang nak kawal bunyi-bunyi liar single coil ini, nak pula twank-nya tu melantun-lantun tinggi. Tapi itu semua masih tidak cukup bagi Roy, dia tambah pula bunyi wah effect dengan bermain volume knob atau sekarang dikenali sebagai teknik volume swell. Tak cukup lagi tu, dia main pula dengan high picth note dengan cubitan harmonic pinch dalam solo-solonya. Boleh tengok cara dia main teknik-teknik itu di lagu “Sweet Dreams” dalam persembahan live kat YouTube.

Keunikan Roy yang paling diperkatakan sekali adalah apabila Roy yang tidak bermain dengan effect pedal menoreh speaker cone amplifiernya dengan pisau untuk mendapatkan bunyi distortion! Ada juga sumber yang menceritakan setelah ditoreh speaker-nya itu dia simbah pula dengan air untuk mendapatkan kesan bunyi tersebut. Hah berani?? Amp kau kucing datang gesek badan pun kau dah hambat keliling rumah ingat die nak kencing. Untunglah dia tak asah kuku kat speaker tu. Tak pasal-pasal nak kena tunggu Bantuan Sara Hidup tukar speaker baru. Padahal amp kecik 10 watt beli Rm100 kat member nak pakai duit je pun. Brand pun takda.

Tapi sayangnya kalau dah nama mat saleh ni, sehebat mana pun mereka pasti ada kontroversi atau masalah yang mengikut. Sama juga dengan Roy ni, beliau mempunyai masalah ketagihan alkohol yang teruk. Roy dikatakan telah beberapa kali berjaya mengawal ketagihannya itu. Namun Roy dipenjarakan tidak sampai satu minggu selepas konsertnya yang terakhir pada 7 Ogos 1988. Dan genap seminggu selepas itu pada 14 Ogos 1998 Roy Buchanan ditemui mati tergantung oleh warden penjara dengan tali gantung yang dibuat dari bajunya sendiri di Fairfax County, Virginia Jail Amerika Syarikat.

#DakBoss

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅