APA ITU TRAP METAL/EMO RAP?

oleh Music Addicts Malaysia
2.7K bacaan

Trap metal atau emo rap adalah gelombang muzik baharu yang menggabungkan stail nyanyian dan muzik dari heavy metal, pop punk, dan grunge dengan irama hip-hop, atau lebih tepat lagi trap beat iaitu salah satu subgenre muzik hip-hop.

Trap metal dikesan bermula pada tahun 2014 apabila seorang artis rap underground bernama Bones mula bereksprimentasi dengan stail rap yang lebih agresif (screamo rap) dan menggabungkannya dengan irama trap. Scarlxrd (sebutan Scarlord) adalah antara artis yang mempopularkan genre ini. Artis-artis lain yang dikaitkan dengan genre ini adalah XXXTentacion, Ghostmane, Lil Peep, 6ix9ine, Fever 333, ZillaKami, Bone Crew, dan City Morgue namun Scarlxrd adalah antara yang paling menyerlah. Lagu “Heart Attack” beliau telah menarik minat ramai penonton di YouTube dan rata-rata penonton memberikan maklum balas yang sangat positif.

Dengan latar belakang beliau yang pernah menjadi frontman kepada sebuah band nu-metal, stail rap yang sangat agresif dibawakan beliau diterima baik oleh komuniti heavy metal di YouTube. Melihat penerimaan yang diterima Scarlxrd dan trap metal, ramai artis baru trap metal mula muncul seperti BVDLVD (sebutan Badlad) dan Mimi Barks.

Genre ini masih lagi bergerak secara underground dan independen, namun mereka meraih pengikut yang semakin ramai di YouTube.

Mampukah genre ini menembus ke arena mainstream? Mungkinkah genre ini akan menjadi masa depan kepada heavy metal dan hip-hop?

Dengarkan lagu-lagu Scarlxrd:

HEART ATTACK:

PERFECT:

#RiderJambangRJ

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅