Saksikan Penampilan TV Pertama Linkin Park 20 Tahun Lepas!!

oleh Iscandarz
466 views

Linkin Park telah mengeluarkan rakaman persembahan sulung mereka di kaca TV dalam rancangan Conan O’ Brien Show 20 tahun lepas pada tarikh 16hb Januari 2001 menerusi pautan rasmi mereka.

Saksikan:

Dalam persembahan itu, vokalis Chester Bennington dan Mike Shinoda masing-masing mengenakan rambut merah sambil bertempik ala rap-rock manakala gitaris Brad memakai trademark headphone sambil menghayun lagu epik One Step Closer.

Itu merupakan persembahan pertama Linkin Park di khayalak ramai menerusi TV sebelum akhirnya mereka memecah rekod menjadi band Nu Metal terbesar di dunia.

Kalian masih rindukan Linkin Park? Pastinya kalian tidak keseorangan. Walaupun vokalis Chester telah mati pada tahun 2017, Linkin tetap abadi dalam kerinduan melalui lagu-lagu dan album mereka seperti Hybrid Theory dan Meteora.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati